
Info terbaru ini saya ambil dari harian metro bertarikh 6 Ogos 2008, Pengarah Perancangan Dan Strategi Pisang, Hanafi Abdul Malek,mengatakan bahawa Sufiah telah bersetuju untuk menjalani rawatan komprehensif merangkumi kaunseling dan perubatan Islam selepas Aidilfitri, Oktober ini. Wakil Pisang ini berkata rawatan kauseling dan rawatan berlandaskan hukum agama terhadap Sufiah iaitu dengan menggunakan perubatan ruqyah menggunakan bacaan Al Quran dan doa akan dilakukan supaya wanita berketurunan melayu itu meninggalkan kerjayanya yang mengaibkan itu.
Tambahnnya lagi, " Kalau dulu dia langsung tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapa walaupun melalui e-mel, alhamdulillah dia kini sudah mula menghantar e-mel kepada kami,"
Dalam pertemuan terakhir dengan Sufiah April lalu, wanita itu turut terharu apabila diberitahu masyarakat negara ini sentisa mendoakan kesejahteraan dan mengikuti perkembangannya di London sejak diterima memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.
.::: Ulasan :::.
Melihat apa yang telah berlaku ke atas Sufiah, menjadikan saya benar-benar bersyukur kepada Allah kerana sehingga kini nikmat Iman dan Islam dapat saya pertahankan. Moga Allah tetapkan saya dijalanNya sehingga ke akhir hayat..Biarlah hidup mati saya kerana Islam. Menyingkap permasalahan ini, Sufiah yang tertekan dengan sikap ayahnya yang mengongkong membuatkannya tekad bertindak sedemikian rupa demi membebaskan dirinya . Namun sedarkah kita, selagi bernama manusia dan sebagai hamba Allah kita takkan terlepas daripada ujian dan cobaan. Siapapun kita samada kaya, miskin, tua, muda tidak akan terlepas daripada dugaan Allah swt di muka bumi ini.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut:2-3)
Persetujuan Sufiah untuk menjalani rawatan pemulihan ini merupakan titik tolak baginya untuk berubah bukan sahaja meninggalkan perkerjaan yang terkutuk itu malah bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang muslimah yang taat pada Allah dan Rasulnya. Sufiah perlu sedar dirinya yang telah ternoda itu tidak akan diampunkan oleh Allah sekiranya dia hanya bersetuju menjalani rawatan melainkan dia benar-benar bertaubat dari perbuatannya. Malah tawaran Pisang ini merupakan salah satu ikhtiar untuk dia berubah, belum ada jaminan 100% Sufiah berubah sepenuhnya jika dia sendiri tidak mahu berubah Ini bersesuaian dengan firman Allah
"..Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..."(Surah Ar ra'd : 11)
Penyelesaian
Jika diteliti Sunnah Rasulullah, baginda telah melahirkan para sahabat yang sanggup berkorban harta dan nyawa demi mempertahankan kesucian Islam, malah Islam telah berkembang ke seluruh penjuru dunia. Apa yang dilakukan oleh baginda? tidak lain baginda menyeru kaum Quraish waktu itu supaya berfikir dan merubah pemikiran mereka untuk menerima Islam.Rasulullah tidak membawa sebarang wang, kemewahan, harta benda, senjata, teknologi canggih atau apa-apa alat di dalam seruan baginda supaya masyarakat mundur tadi(Jahiliyyah)menerima Islam. Satu-satunya senjata yang Rasulullah bawa adalah pemikiran. Rasulullah telah 'berperang' dengan golongan mundur ini dengan menggunakan senjata pemikiran di dalam menyeru Kaum Jahiliyyah ini kepada Islam. Ternyata pemikiran Islam yang Rasulullah bawa telah berjaya mengalahkan pemikiran kufur yang ada pada kaum Quraish. Sebahagian mereka telah memeluk Islam dan sebahgaian lain mengingkari, walaupun sebenarnya golongan yang engkar tersebut kalah dalam perang pemikiran dengan Rasulullah. Kesombongan mereka telah menghalang mereka dari tunduk kepada Rasulullah.
Proses berfikir ini dikenali sebagai Qiyadah Fikriyah(Kepimpinan Berfikir). Mereka diajak berfikir apa yanga ada sebelum hidup(Pencipta),kehidupan(dunia) dan selepas hidup(akhirat) dan kaitan ketiganya.Apabila kefahaman ketiga perkara ini telah menyusup ke dalam diri setiap muslim akan lahirlah akidah islamiyah . ketika itu Akidah Islamiyah akan menjadi Al Qaidah Fikriyah(landasan Berfikir)dan bertindak baginya. Segala perbuatannya di dunia akan terikat dengan hukum syarak. Maka lahirlah Al Fikrul Mustanir, pemikiran yang cemerlang yang sentiasa mencampurkan Allah dalam membuat keputusan.
Wallahu'lam.

Puisi kiriman seorang Akhwat yang tidak mahu disebut namanya.
Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad
Bilakah kan datang seorang peminang menghampiriku mengajak tuk berjihad
Kelak ku akan pergi mendampinginya di bumi Jihad
Aku telah bersiap sedia dengan semua syarat yang diajukannya
Cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah
Aku rela berkelana mengembara dengannya lindungi Dienullah
Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah
Tak mungkin ku pilih dirimu jika dunia lebih kau damba
Terlupa kampung halaman, sanak saudara bahkan harta yang terpendam
Hidup terasing asalkan di akhirat bahagia
Bila aku setuju dan kaupun tidak meragukanku
Bulat tekadku untuk menemanimu
Aku Wanita mujahidah pilihan
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad
Bilakah kan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh ketawadhu`an
Kelak bersamanya kuharungi bahtera lautan jihad
Andai tak siap bisa kau pilih
Agar kelak batin, jiwa dan ragamu tak terusik
Terbebani dengan segala kemanjaanku, kegundahanku,
kegelisahanku terlebih keluh kesahku
Sebab meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu
Dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu
Tak mungkin aku memilihmu
Bila yang fana lebih kau cinta
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota
lazatnya makanan dan lajunya makar durjana
Meniti jalan panjang di medan jihad
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah serta debu yang beterbangan
Keringat luka dan kesyahidan pun terulang
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu
Teguhkan azamku untuk lupakan dirimu
Aku wanita dari bumi Jihad
Dengan sekeranjang semangat berangkat ke padang jihad
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan
Tepiskan semua mimpi yang tak bererti
Adakah yang siap mendamaikan hati?
Kerana tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri
Tanpa peneguh langkah kaki dan pendamping perjuangan
Yang melepaskanku dengan sepotong doa
Meraih syahid adalah tujuan utama
Robbi.. Terdengar panggilanMu untuk meniti jalan redha-Mu
Ku harapkan pertolongan dari Mu... Menemani perjalanan ini
12 makanan yang digalakkan untuk pengantin dan hikmahnya dalam Islam...
Rasulullah pernah berkata..kepada menantunya Saidina Ali r.a
"Wahai Ali, apabila pegantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka suruh tanggalkan kasutnya ketika dia duduk dan membasuh kedua-dua kakinya. maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikan ALLAH mengeluarkan 70 jenis kefakiran dari rumah kamu..
dan ALLAH menurunkn 70 rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga keberkatan itu meratai penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila,sawan, dan sopak selama mana dia berada di dalam rumah tersebut.
Laranglah pengantin itu dari makan & minum
4 jenis makanan ini..
Susu, Cuka, Ketumbar, epal masam
Saidina Ali r.a bertanya..Kenapa..?
Baginda menjawab..
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk dengan ini sebab dari 4 perkara (makanan) ini..untuk menghalang dari dapat anak..Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan tidak dapat anak"
Saidina Ali bertanya lagi..
Kenapa cuka dilarang ?( semasa haid dan seminggu pertama perkahwinan)
Baginda menjawab:
"Apabila minum cuka semasa haid.. sesungguhnya haidnya itu tidak bersih selama-lamanya"
Berikut 12 makanan yang digalakkan..
1. Roti
2. Jintan Manis
3. Asparagus
4. Pisang
5. Barli
6. Selasih
7. Mentega
8. Lobak Merah
9. Biji Hitam ( Habba Al Sauda )
10. Ayam
11. Tamar (Kurma)
12. Terung
1. Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
2. Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
3. Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
4. Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
5. Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
6. Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
7. Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
8. Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
9. Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
10. Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
11. Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini
Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Sumber : Majalah NUR – Dis 2005

Nasihat Untuk Kaum Wanita..
1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.
2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.
4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.
5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.
10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.
13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)
14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda
15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif ..
Wallahu'alam..
Sumber : www.raudhah.com/Laman Hal Ehwal Wanita
...::: Ulasan ::...
Sebagai panduan ...ni semua akibat 'terlalu'
Oleh Dr. M. Anjad Khan
Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan. Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan. Banyak daripada bahan-bahan tersebutdituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141.
Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudianmenanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA. Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada.
Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negaratersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut ?
Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan. Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.
Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk kenegara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport. Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat diEropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian( orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).
Negera-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya. Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebuta dalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam. Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya.
Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat dibanyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan &ubat-ubatan lainnya.Semenjak produk – produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang(spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.
Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika berjumpa kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaklah dihindari kerana produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandungi lemak babi.
E141, E153, E210, E213,
E214, E216, E234, E252,
E270, E280, E325, E326,
E327, E334, E335, E336,
E337, E422, E430, E431,
E432, E433, E434, E435,
E436, E440, E470, E471,
E472, E473, E474, E475,
E476, E477, E478, E481,
E482, E483, E491, E492,
E493, E494, E495, E542,
E570, E572, E631, E635, E904.
Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepadasaudara kita.
M. Anjad Khan
Medical Research Institute United States
..::: Ulasan :::..
Hati-hatilah sahabat semua..sebagai langkah berjaga-jaga kita daripada perkara yang syubhah apatah lagi haram. Tambahan di atas terkadang kita tidak menyedari bahawa produk yang berlogo halal rupa rupanya sijil pengesahan HALAL telah tamat tempoh .
Jadi sebagai ikhtiar kita dan keperihatinan kita untuk
menyemak status Halal sila sms HALAL dan kod bar produk tersebut dan hantar ke 32728
makanan dan minuman salah satu faktor yang mempengaruhi akhlak dan jiwa seseorang. Baik makannya maka baiklah yang lain.
Muslims can now get confirmation on the halal status of a product easily and promptly through the short messaging service of the Islamic Development Department of Malaysia (Jakim).
"They only need to type the word "halal" and enter the product’s bar code and send it to 32728.
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu
salam Berserta Fatihah,
Selawat dan doa Sebagai memenuhi
tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali
takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat
sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang
tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan
sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika
beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin
dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna
di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu
sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak
menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru,
sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang
terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air
yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai
erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak
bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar
bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta,
Takhta dan putera Isteri,
kad kredit dan kereta Kondominium,
saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.
SAHABATKU TELAH BERUBAH
Tajuk di atas tentu buat orang tertanya-tanya …Sekali lihat maknanya seakan sahabat saya telah berubah ke arah kebaikan . Namun, jangan silap bukan itu yang hendak saya kongsikan saat ini..
Apa yang hendak saya kongsikan tentang satu keadaan yang sudah tidak asing lagi berlaku dikalangan kita. Berubah to Baik , mungkin satu pernyataan yang tindakannya bersifat dinamik . Dari buruk kepada baik, istilah yang sinonim untuk kita kaitkan di sini adalah “ Hijrah” . Namun ada juga individu telah bertindak untuk Berubah to Baik to ?..
Yup..inilah persoalan yang akan saya kongsikan di sini..
Dalam 2 minggu lepas saya telah ditakdirkan untuk bertemu dengan seorang senior saya semasa belajar dulu. Dalam suasana yang tidak dijangka itu, saya telah berdepan dengan satu kejutan. Dia yang saya kenal adalah seorang berperwatakan muslimah dan berpendirian tegas dalam agamanya satu masa dulu telah berubah kepada seorang perempuan biasa . Tudung labuh dan stokin yang pernah dipertahankan dulu sudah tidak melengkapi tubuhnya saat itu.
Bukan itu saja, saya juga sudah berjumpa dengan ramai teman-teman yang tidak istiqomah dalam perubahan mereka. Niat untuk berubah atau menjadi seorang muslim dan muslimah sejati berhenti di tengah jalan. Semangat yang satu masa dulu berkobar-kobar untuk berjuang di jalan Allah hancur berkecai dek serangan ombak yang mengganas.
Syakhsiyyah Islamiyah (Peribadi Islam)
Menyingkap permasalahan ini, pada asasnya Syakhsiyyah islamiyah (keperibadian islam) seseorang muslim dibina oleh dua iaitu aqliyah ( pola fikir) dan nafsiyah ( pola sikap) . Seseorang itu tidak akan dikatakan berkeperibadian islam (syakhsiyyah islamiyah) jika aqliyahnya(pola fikir) saja mencerminkan aqliyah islamiyah tetapi nafsiyahnya(pola sikap) tidak mengikut ketetapan syara’. Di sini dapat kita perhatikan ramai orang tahu menutup aurat itu wajib, memakai tudung itu wajib tetapi masih juga tidak berbuat. Ini kerana mereka hanya mempunyai kefahaman (aqliyah) tetapi nafsiyahnya atau sikapnya tidak terdorong untuk melakukan.
Begitu juga jika dia mempunyai nafsiyah islamiyah, sementara aqliyahnya tidak islamiyah. Contohnya, dia memakai tudung , jadi nafsiyahnya(pola sikap) mendorong untuk memakai tudung. Tetapi masih memakai pakaian yang ketat lagi sendat, di sini dapat dilihat aqliyahnya(pola fikir) tidak mengatakan bahawa menutup aurat meliputi kesemuanya kecuali muka dan tapak tangan, dan tudung yang dipakai hendaklah menutup dada dan pakaiannya yang dipakai tidak boleh mengikut susuk badan. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa seseorang belum dikatakan berkeperibadian islam jika aqliyah (pola fikir)atau nafsiyahnya(pola sikap) tidak islamiyah.
Pengertian Aqliyah (Pola Fikir) Dan Nafsiyah(Pola sikap)
Aqliyah (Pola fikir) merupakan cara yang digunakan untuk memikirkan sesuatu sehingga dapat membezakan halal dan haram . Ketika seseorang itu menjadikan aqidah islam sebagai Qiyadah Fikriyah(landasan berfikir) maka jelas aqliyahnya (pola fikir) adalah aqliyah islamiyah.
Sedangkan nafsiyah(pola sikap) adalah cara yang digunakan untuk memenuhi tuntutan gharizah(naluri) dan hajat al-adhawiyah (keperluan jasmani). Jika naluri dan keperluan jasmani dipenuhi berdasarkan akidah islam maka nafsiyahnya adalah nafsiyah islamiyah.
Penyelesaian
Realiti saat ini Islam sudah asing dari kehidupan umat islam. Bagi mereka yang ingin berubah dari jahiliyah kepada darul islam, pengukuhan aqliyah(pola fikir) dan nafsiyah(pola sikap) mestilah benar-benar mantap, Islam memerintahkan memperbanyakan penguasaan tsqafah Islamiyah untuk mengembangkan aqliyah sehingga mampu menilai yang haq dan batil, halal dan haram.justeru menjadikan aqidah Islamiyah sebagai dasar berfikir dan bertindak . Bagi mengukuhkan nafsiyah Islam memerintahkan untuk melakukan amal-amal perbuatan yang wajib, mandub (sunah) serta amal-amal perbuatan yang disukai Allah, men¬inggalkan sebanyak mungkin perbuatan-perbuatan yang haram, makruh, atau syubhat, untuk memperkuat nafsiyah tersebut sehingga memiliki kemampuan untuk menepis segala perkara yang berlawanan dengan Islam. Kita juga mestilah bergabung dan bergaul dengan orang –orang yang soleh dan beriman yang dapat mengingatkan kita. “ Kambing yang terlepas lebih mudah diterkam serigala”.Semua ini adalah untuk menjadikan Syaksiyyah benar-benar islami dan bertahan . 
SAHABATKU TELAH BERUBAH..
About Me
- ~ Nur Syurga ~
- Ya Allah ..Hamba Musafir di bumiMu..Terkadang kenyang dek nafsu yang menggila namun kusyukuri nikmatMu yang menjagaku sehinggaku betah dengan ujianMu..tetapkanku dijalanMu agarku tak pernah jemu dan sentiasa mengharap RedhaMu..
DEMI MASA !
TINGGALKAN PESANAN ANDA
KOLEKSI NUR SYURGA
ARCHIEVE
LAMAN SAHABAT
KOMEN ANDA
HIBURAN MENDIDIK JIWA
DUNIA BARU ISLAM - THE ZIKR
MASIH BASAH..KENANGAN INDAH
ZAMAN CEMERLANG..ERA GEMILANG..
KETIKA RASUL..ADA DISISI
PARA SAHABAT MENTADBIR BUMI
ZAMAN NUBUWWAH..ERA KHULAFA'ISLAM LAKSANA..API YANG MENYALA
MENERANGI TEMAN DAN JUGA SAHABAT
BAHANG PANAS YANG MEMBAKAR LAWAN
DICELAH ITULAH... KAMI MENGATUR LANGKAH MEMBINA..SEBUAH TOIFAH..
DISINI BARA...TAK PERNAH PADAMDI
GENGGAM KUKUH...SEBUAH AZAM..
AYUHLAH..
PARA MUJAHID..AYUHLAH PARA MUJAHIDAH
KITA TINGGALKAN..ZAMAN FITNAH..
AGAR TERTEGAK KALIMAH ALLAH
AGAR TERBANGUN...DUNIA BARU ISLAM...
