Sikap hidup seseorang sangat ditentukan oleh cara pandang mendasar yang dimilikinya tentang kehidupan. Sebagai seorang muslimah yang telah meyakini aqidah Islam sebaiknya ia memiliki kesedaran penuh bahawa kehidupan dirinya di dunia ini, alam semesta yang didudukinya serta kehidupan yang dijalaninya di dunia ini bukan terjadi dan berjalan dengan sendirinya. Semua itu adalah ciptaan Allah SWT . Dialah sebagai “Subjek Pengendali” segala sesuatu yang ada di alam ini.



Dengan demikian seorang muslimah akan sentiasa menyedari bahawa kedudukannya di dunia ini adalah sebagai seorang hamba yang tunduk akan perintah Allah SWT sebagai Khaliqnya. Justeru itu dia akan meyakini bahawa hanya Allah SWT yang harus ditaati dan disembah dan hanya keredhaanNya yang harus dicapai dalam kehidupan ini.



Hal ini sesuai dengan kalimah syahadah yang menjadi ikrar setiap muslim (mahupun muslimah) yang diungkapkan dalam solat : “Tidak ada Tuhan(yang disembah) kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah”. Muhammad Ismail dalam kitabnya “Al Fikrul Al Islamy” menjelaskan bahawa erti Laaillaha illallah baik secara lughowi mahupun syar’i adalah Laa ma’budda illallah (Tidak ada yang disembah kecuali Allah). Ertinya seorang muslim/muslimah yang telah mengikrarkan kalimah syahadah di atas seharusnya mewajibkan dirinya untuk melakukan ibadah hanya kepada Allah semata tidak kepada yang lain. Cara pandang khas ini mrupakan cara pandang yang dilandasi oleh aqidah Islamiyah. Oleh itu segala pemikirannya harus dibangunkan atas landasan aqidah Islamiyah.



Aqidah Islam sebagai dasar Berfikir dan bertindak



Ketika seorang muslimah mengambil Islam sebagai aqidahnya maka seharusnya dia sentiasa menjadikan aqidah Islamiyah sebagai standard kehidupannya.Dia harus memahami bahawa karakter aqidah Islam adalah aqidah ruhiyyah dan aqidah siyasiyah.Sehingga dia menjadikan aqidah Islamiyyah sebagai sebagai dasar berfikir dan bertindak.

Tidak ada satu pun pemikiran-pemikiran yang dilahirkan kecuali bersandarkan dan berstandardkan pada hukum syara’ yang terpancar dari aqidah Islamiyah tersebut.

Seorang muslimah idak akan merasakan dirinya hidup kecuali atas dasar aqidah Islamiyyah . Bahkan sukar baginya untuk melepaskan diri dari ikatan aqidah Islamiyyah . Dengan demikian ketika nilai-nilai asing datang dan berusaha menyusup ke dalam hidupnya maka ia tidak ragu dan teragak-agak untuk menolaknya bahkan semaksima mungkin berusaha mengikis “virus” tersebut dari kehidupannya.



Tidak pernah terlintas dibenaknya untuk mengambil atau mempraktikan nilai-nilai asing seperti nilai-nilai demokrasi .Kerana ia menyedari bahawa nilai-nilai asing tersebut adalah racun yang membahayakan bagi diri dan umatnya. Ia menyedari bahawa jika mengambil apalagi meminum racun tersebut sama saja dengan membunuh diri



Seorang muslimah juga tidak mudah terpengaruh oleh pujuk rayu pemikiran-pemikiran asing yang akan menyeretnya ke lembah nista. Dia tidak pernah terpesona dengan pujukan material ataupun apa-apa manfaat yang disogokkan kepadanya. Walaupun sedikit tidak kuasa dia melakukan. Kerana dia sedar bahawa semua itu hanyalah tipu daya yang akan membawa dirinya pada jurang kesengsaraan dan kesesatan. Malah dia terus berusaha untuk memperteguhkan aqidahnya. Sebagaimana firman Alah SWT dalam Al Baqarah :256 “ Sesungguhnya telah jelas antara jalan yang benar dan jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar pada thaghut dan beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah berpegang pada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus…”


Dalam keadaan apa pun seorang muslimah mesti menjadikan aqidah Islam sebagai pegangan hidupnya dan tetap pada pendirian dengan mengambil hanya satu standard nilai dalam hidupnya. Sekalipun dia harus mengorbankan harta , jiwa dan raganya ia akan tetap memilih jalan hidup yang hakiki. Baginya hidup yang hakiki bukan untuk memperoleh harta benda atau manfaat akan tetapi hidup yang hakiki adalah meraih kemuliaan disisi Al Khaliqnya . Ia sedar bahawa satu-satunya jalan untuk meraih kemuliaan hanyalah dengan menjadikan aqidah Islamiyyah sebagai standard baku dalam hidupnya.



Pada saat seorang muslimah menjadikan aqidah Islam sebagai sandaran berfikir dan bertindak itulah yang dikatakan dia telah mempunyai jatidiri, sebagai susuk peribadi muslim. Yakni susuk keperibadian khas yang murni dan istimewa tidak bercampur sedikitpun dengan nilai-nilai asing.



Begitulah seharusnya muslimah . Dia sentiasa memegang Idealisme Islam dengan kuat. Optimis pada Idealisme Islam mampu memecahkan seluruh masalah kehidupan manusia.


Acuh tak acuh bukan tabiatnya



Bukan tabiat sorang muslimah hidup dengan konsep individualisme .Sebaliknya dia sentiasa menempatkan dirinya menjadi sebahagian dari umat Islam yang lain . Kerana dia tidak lupa dengan

sabda Rasulullah SAW : “ Kamu akan melihat orang-orang yang beriman saling berkasih sayang, saling mencintai, saling mengasihi iaitu bagaikan satu tubuh . Apabila satu anggota saja sakit, maka tertariklah bahagian anggota yang lain ikut sakit dengan tidak dapat tidur dan badan panas ” ( HR Bukhari Muslim)



“Barangsiapa yang tidak memperhatikan kepentingan kaum muslimin maka ia bukanlah termasuk di antara mereka. Dan barangsiapa yang tidak berada di waktu pagi dan petang selaku pemberi nasihat bagi Allah dan RasulNya , bagi kitabNya bagi pemimpinnya dan bagi umumnya kaum muslimin maka ia bukanlah termasuk di antara mereka. ” (HR Ath.Thabrany)



Oleh kerana itu seorang muslimah tidak patut berdiam diri apabila melihat nilai-nilai asing yang membahayakan bagi saudara-saudaranya (Umat Islam yang lain). Ia tidak boleh berdiam diri melihat saudara-saudaranya hanyut dalam nikmat dunia .Dia akan berusaha menyedarkan umat Islam supaya berwaspada terhadap nilai-nilai asing yang membahayakan hidup mereka.



Dia bagaikan tiang-tiang elektrik yang menerangi jalan, penyampai berita yang haq dan yang batil sebab dia adalah generasi yang mewarisi tugas Rasulullah SAW . Dia menjadi petunjuk arah bagi orang-orang yang meminta petunjuk arah jalan kebenaran. Dirinya sarat dengan bejana-bejana ilmu dan aqalnya ibarat khazanah-khazanah hikmah. Dia tidak akan merelakan umat Islam dijauhkan dari nilai-nilai Islam malah tidak rela ummah berada di bawah pengaruh orang-orang yang tidak berilmu yang dengan mudah memberikan fatwa untuk menerima kebatilan. Oleh demikian dirinya sentiasa diperlukan umat Islam.


Untuk menjadi muslimah tersebut tentulah tidak memadai hanya menjadikan aqidah Islamiyah sekadar lafaz-lafaz di bibir. Akan tetapi hendaklah berusaha menjadikan aqidah tersebut sebagai standard baku bagi kehidupannya dan memahami konsekuensinya. Sehingga dia memiliki perhatian yang tinggi untuk memelihara nilai-nilai Islam yang ada dalam dirinya dan nilai-nilai Islam yang ada dalam diri umat Islam pada umumnya.



Nilai-nilai asing yang membahayakan dirinya difahami membahayakan pula bagi umatnya. Demikian pula nilai-nilai asing yang membahayakan umatnya difahami juga membahayakan dirinya. Hingga dia memiliki kesedaran tinggi untuk memelihara diri dan umatnya dari serangan racun-racun dunia. Dia pun dengan lantang mengatakan racun adalah racun dan madu adalah madu. Kebenaran adalah kebenaran, kebatilan adalah kebatilan . Jauh sekali dia membungkus kebatilan dengan sesuatu agar nampak baik dihadapan umat Islam. Bahkan tanpa segan membongkar keburukan nilai-nilai asing yang membahayakan umatnya dengan sejelas – jelasnya dan kemudian menunjukkan yang haq tanpa ragu dan bimbang. Demikianlah seharusnya sorang muslimah bersikap peduli terhadap umat Islam. Perhatiannya terhadap umat Islam adalah keprihatinan terhadap Islam sebagai dien yang dianutnya.



Perjuangan Hakiki muslimah bersama umat



Ketika kaum muslimin menyedari akan aqidah Islam yang dipeluknya, maka muslimah hendaklah bersatu bersama ummah dalam barisan perjuangan yang hakiki.Yakni perjuangan yang berada di bawah panji aqidah LAA ILLAAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH. Dengan kata lain perjuangan yang berspektif Islam.



Dengan perjuangan ini, kaum muslimin ( termasuk muslimah) berusaha mewujudkan nilai-nilai Islam yang hakiki. Nilai-nilai Islam yang murni tanpa adanya noda-noda asing yang akan mencemari nilai Islam. Nilai ini tentu saja bukanlah nilai yang direka akan tetapi merupakan nilai yang pasti membawa kaum muslim sampai pada suatu bentuk kehidupan yang sesuai dengan tuntutan Illahi. Dalam perjuangannya tidak ada kata sepakat dengan nilai-nilai asing. Dengan kata lain tidak ada kompromi dengan nilai-nilai yang datang dari luar Islam, sekalipun nilai asing tersebut tampak baik luarannya. Sebab ukuran kebaikan tidak dapat dilihat dari luaran tetapi dapat dilihat dari ideology yang dipegangnya.



Oleh kerana itu, bukan suatu yang mustahil , jika kaum muslimin selalu bercita-cita mewujudkan nilai-nilai Islam dalam kehidupannya.Bukan pula hal yang mustahil untuk menolak setiap bentuk nilai-nilai asing yang bertentangan dengan nilai Islam. Hanya dengan kembali kepada aqidah Islamiyyah kaum muslimin dapat mencapai kemuliaan yang hakiki.

0 comments: