Info terbaru ini saya ambil dari harian metro bertarikh 6 Ogos 2008, Pengarah Perancangan Dan Strategi Pisang, Hanafi Abdul Malek,mengatakan bahawa Sufiah telah bersetuju untuk menjalani rawatan komprehensif merangkumi kaunseling dan perubatan Islam selepas Aidilfitri, Oktober ini. Wakil Pisang ini berkata rawatan kauseling dan rawatan berlandaskan hukum agama terhadap Sufiah iaitu dengan menggunakan perubatan ruqyah menggunakan bacaan Al Quran dan doa akan dilakukan supaya wanita berketurunan melayu itu meninggalkan kerjayanya yang mengaibkan itu.

Tambahnnya lagi, " Kalau dulu dia langsung tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapa walaupun melalui e-mel, alhamdulillah dia kini sudah mula menghantar e-mel kepada kami,"

Dalam pertemuan terakhir dengan Sufiah April lalu, wanita itu turut terharu apabila diberitahu masyarakat negara ini sentisa mendoakan kesejahteraan dan mengikuti perkembangannya di London sejak diterima memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.

.::: Ulasan :::.

Melihat apa yang telah berlaku ke atas Sufiah, menjadikan saya benar-benar bersyukur kepada Allah kerana sehingga kini nikmat Iman dan Islam dapat saya pertahankan. Moga Allah tetapkan saya dijalanNya sehingga ke akhir hayat..Biarlah hidup mati saya kerana Islam. Menyingkap permasalahan ini, Sufiah yang tertekan dengan sikap ayahnya yang mengongkong membuatkannya tekad bertindak sedemikian rupa demi membebaskan dirinya . Namun sedarkah kita, selagi bernama manusia dan sebagai hamba Allah kita takkan terlepas daripada ujian dan cobaan. Siapapun kita samada kaya, miskin, tua, muda tidak akan terlepas daripada dugaan Allah swt di muka bumi ini.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut:2-3)

Persetujuan Sufiah untuk menjalani rawatan pemulihan ini merupakan titik tolak baginya untuk berubah bukan sahaja meninggalkan perkerjaan yang terkutuk itu malah bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang muslimah yang taat pada Allah dan Rasulnya. Sufiah perlu sedar dirinya yang telah ternoda itu tidak akan diampunkan oleh Allah sekiranya dia hanya bersetuju menjalani rawatan melainkan dia benar-benar bertaubat dari perbuatannya. Malah tawaran Pisang ini merupakan salah satu ikhtiar untuk dia berubah, belum ada jaminan 100% Sufiah berubah sepenuhnya jika dia sendiri tidak mahu berubah Ini bersesuaian dengan firman Allah

"..Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..."(Surah Ar ra'd : 11)

Penyelesaian

Jika diteliti Sunnah Rasulullah, baginda telah melahirkan para sahabat yang sanggup berkorban harta dan nyawa demi mempertahankan kesucian Islam, malah Islam telah berkembang ke seluruh penjuru dunia. Apa yang dilakukan oleh baginda? tidak lain baginda menyeru kaum Quraish waktu itu supaya berfikir dan merubah pemikiran mereka untuk menerima Islam.Rasulullah tidak membawa sebarang wang, kemewahan, harta benda, senjata, teknologi canggih atau apa-apa alat di dalam seruan baginda supaya masyarakat mundur tadi(Jahiliyyah)menerima Islam. Satu-satunya senjata yang Rasulullah bawa adalah pemikiran. Rasulullah telah 'berperang' dengan golongan mundur ini dengan menggunakan senjata pemikiran di dalam menyeru Kaum Jahiliyyah ini kepada Islam. Ternyata pemikiran Islam yang Rasulullah bawa telah berjaya mengalahkan pemikiran kufur yang ada pada kaum Quraish. Sebahagian mereka telah memeluk Islam dan sebahgaian lain mengingkari, walaupun sebenarnya golongan yang engkar tersebut kalah dalam perang pemikiran dengan Rasulullah. Kesombongan mereka telah menghalang mereka dari tunduk kepada Rasulullah.

Proses berfikir ini dikenali sebagai Qiyadah Fikriyah(Kepimpinan Berfikir). Mereka diajak berfikir apa yanga ada sebelum hidup(Pencipta),kehidupan(dunia) dan selepas hidup(akhirat) dan kaitan ketiganya.Apabila kefahaman ketiga perkara ini telah menyusup ke dalam diri setiap muslim akan lahirlah akidah islamiyah . ketika itu Akidah Islamiyah akan menjadi Al Qaidah Fikriyah(landasan Berfikir)dan bertindak baginya. Segala perbuatannya di dunia akan terikat dengan hukum syarak. Maka lahirlah Al Fikrul Mustanir, pemikiran yang cemerlang yang sentiasa mencampurkan Allah dalam membuat keputusan.

Wallahu'lam.

0 comments: