At – Tahaddiyaat Fil ‘Ibadah (Halangan-Halangan Dalam Beribadah)





Dua halangan utama dalam beribadah adalah daripada dalaman dan luaran . Halangan dalaman termasuklah hawa nafsu, manakala halangan luaran meliputi syaitan, manusia, harta-harta, perkara-perkara yang menjadi kebanggaan serta banyaknya aktiviti duniawi yang menyibukkan.

Faktor dalaman

Apabila diri dikuasai hawa nafsu, hati kan menjadi sangat jauh daripada Allah swt, maka hal inilah yang menyebabkan seseorang lalai dan leka sehingga akur dengan kehendak nafsu yang cinta keindahan duniawi dan bencikan segala bentuk peribadaatan kepada Allah swt.

QS Shaad : 26

….Dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah….

Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim

“ Tiga yang membinasakan : Bakhil yang ditaati dan hawa yang diikuti dan ketakjuban tiap-tiap yang mempunyai pandangan akan pandangannya”

Faktor luaran

1. Syaitan

QS Faathir : 6

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu) kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala”

a. Jin dan manusia

QS Al An’aam : 112

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkatan-perkataan yang indah-indah untuk menipu manusia . ..”

2. Manusia

a. Pendamping-pendamping

QS Al Furqaan : 27

…”Aduhai kiranya dulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul

QS Al Furqaan : 28

“Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku)



b. Anak-anak

QS Al Munaafiquun : 9

“ Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah.Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi”


c. Pasangan

QS At Taghaabun : 14

“Hai orang-orang yang beriman , sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka …”

d. Pembesar-pembesar

QS Al Ahzab : 67

“ Dan mereka berkata : “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-peimpin dan pembesar-pembesar kami lalu mereka menyesatkan kami dari (jalan yang benar) ”

3. Harta-harta

QS At Taubah : 55

“ Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah mengkehendaki dengan (memberi) harta benda dan anak-nak itu untuk menyiksa mereka dalam kehidupan di dunia dan kelak akan melayang nyawa mereka sedng mereka dalam keadaan kafir”

4. Kebanggaan-kebanggaan

QS Al A’raaf : 48

“…Harta yang kamu kumpulkan dan apa yang selalu kamu sombongkan itu, tidaklah memberi manfaat kepadamu”

5. Banyak menyibukkan diri dengan urusan dunia yang tidak bermanfaat dan melalaikan.


Halangan-halangan dalam beribadah sememangnya meliputi hal-hal yang sangat dekat dan sentiasa melingkungi kita setiap hari tanpa kita sedari. Hal inilah menunjukkan betapa pentingnya kita untuk sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat menghampirkan kita dengan Allah swt demi mendapatkan keredhaan Allah swt. Jika melalaikannya hidup kita akan terumbang-ambing tanpa pedoman serta tiada kebahagiaan dan ketenangan walaupun penuh kemewahan.

Tindakan

1) Membetulkan niat dalam semua urusan (semata-semata mencari redhaNya)
QS 29:69


2) Berusaha untuk sentiasa memberi peringatan dan diingatkan
QS 3:79 , QS 3:110


3) Mengistiqomahkan (konsisten) diri dengan majlis-majlis ilmu yang mengajarkan dengan pendekatan Quran dan Hadith
QS 54 : 32 , QS 43 : 3


4) Bijak memilih sahabat
QS 4 : 69


5) Sentiasa berdoa, bertawakal dan meletakkan takut dan harap hanya kepadaNya.
QS 14 : 39 , QS 65 : 3 , QS 59 : 21

0 comments: