Sebagaimana kita ketahui bahawa alam akhirat adalah suatu tempat kehidupan yang kekal abadi.Merupakan suatu penyesalan bagi orang-orang yang kafir dan derhaka kepada Allah SWT kerana menerima pembalasan yang dasyat di dalam neraka. Mereka tidak diberi peluang untuk menikmati kebaikan yang diberikan oleh ahli-ahli syurga. Ahli-ahli neraka sering memohon kepada Allah atau malaikat untuk mendapatkan layanan yang baik.Mereka sangat mahukan menikmati keistimewaan dan keindahan-keindahan di dalam syurga, bahkan menuntut suatu nikmat yang diperolehi oleh ahli-ahli syurga.



Namun begitu ahli-ahli neraka tidak layak untuk menikmati kebaikan-kebaikan di akhirat .Bahkan mereka tidak dipedulikan dan menerima seksaan-seksaan yang hebat. Di dalam Al-Quranul Karim banyak menerangkan tentang doa atau permintaan ahli-ahli neraka. Antaranya ialah :


Meminta Keluar Dari Neraka

QS Al Mukmin : 11


"Ya Tuhan kami Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali (pula), lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah sesuatu jalan (bagi kami) untuk keluar (dari neraka)?"


Meminta Dikembalikan Ke Dunia Untuk Beriman Dan Beramal

QS As Sajadah : 12


"Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."


QS Ibrahim : 44



"Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul." (Kepada mereka dikatakan): "Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia) bahwa sekali-kali kamu tidak akan binasa?



Mengharap Simpati Dari Penghuni Syurga


Ahli-ahli neraka sentiasa meminta pertolongan dan simpati daripada ahli-ahli syurga, sebagaimana disebutkan di dalam al-quran :



QS Al A’raf : 50

“Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: " Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah direzekikan Allah kepadamu…."


Semua doa dan permohonan penghuni neraka tidak pernah diterima oleh Tuhan. Allah SWT hanya berfirman :


QS Ath Thuur : 16


“Masukklah kamu ke dalamnya (rasakanlah panas apinya); maka baik kamu bersabar atau tidak, sama saja bagimu; kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan.”

0 comments: