KODIANG,KEDAH -Majlis perkahwinan beramai-ramai yang dianjurkan oleh sebuah syarikat bumiputra (Global Ikhwan Sdn Bhd) meraikan kakitangannya seramai 13 pasangan,yang uniknya pada majlis tersebut seramai 10 pasangan sudah pun berkahwin sebelum ini dan dihadiri oleh isteri pertama masing-masing. Kos yang dianggarkan sebanyak RM 9000.00.



JOHOR BAHRU 15 Jun 2008- Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang sekali lagi telah menganjurkan majlis seumpama ini .Sebelum ini, PBT Pasir Gudang pernah mengadakan majlis serupa bagi 22 pasangan pada 27 Mei 2007 dan 20 pasangan lagi pada 9 Disember lalu. Apa yang menarik perhatian saya adalah setiap pasangan hanya dikenakan bayaran minimum RM500, malah ia juga boleh dibayar secara ansuran kepada penganjur iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pasir Gudang.Bayaran RM500 yang dikenakan itu merangkumi kos jurunikah, pakaian pengantin, andaman, perarakan kompang, bunga manggar, liputan video, fotografi, pelamin serta jamuan.


Bagi saya, majlis seumpama ini perlu diteruskan dan dicontohi oleh banyak pihak. Lebih hebat lagi dari program realiti tv Cari Menantu tau. Kita sedia maklum gejala sosial yang mengheret muda mudi kita sekarang ini kebanyakannya berpunca daripada budaya 'couple' . Jadi tidak hairanlah kalau kita sering mendengar dan melihat di dada-dada akhbar mahupun media elektronik berlakunya kes pembuangan bayi, penzinaan, pelacuran, seks bebas, bersekedudukan dan sebagainya. Apatah lagi negara kita yang tidak mengamalkan undang-undang islam sama sekali tidak menghiraukan muda-mudi non mahram berjalan bersama-sama, berdua-duaan apatah bergaul tanpa memikirkan etika pergaulan telah ditetapkan syarak.

Ini juga dilihat pada pemikiran masyarakat sekarang..terutamanya mak ayah mak ayah sekarang terlalu memikirkan tanggapan orang lain ...."kerja pun tak establish lagi da nak kahwin, ada duit ke?" ,"kalau kenduri buat kecil-kecil nanti apa orang kata", "bernikah je mana boleh ..nanti mulut orang cakap itu dan ini"..dan macam macam yang dapat kita dengar. Walhal majlis kenduri (walimatul urus) hukumnya adalah sunat, memadai buat ringkas-ringkas asal saja dapat diumumkan pada orang ramai bahwa si fulan dan si fulan sudah pun sah bergelar suami isteri. Inilah dilema yang menghantui masyarakat kita sekarang..sehingga menuntut kesabaran bakal pengantin lelaki mengumpul wang hantaran sehingga cukup. Dalam pada itu persoalan yang perlu kita sedari "Mampukah pasangan tersebut dapat menjaga hati dan menolak segala godaan syaitan"?Bagi yang kuat imannya Insyaallah perbuatannya terikat dengan hukum syara' bagi yang lemah mungkin karam di tengah laut.

Kita tidak menafikan ada setengah pihak kurang bersetuju dengan majlis seumpama ini, maklumlah berkahwin beramai-ramai..tak dapatla jadi raja sehari kan..ada juga yang memandang jijik. Tapi apasalahnyakan kita nak elak maksiat,daripada bekepit ke sana sini tanpa hubungan yang sah so lebih baik disegerakan ..lagipun masing-masing dah kenal bertahun-tahun. Pokoknya nikah, itu yang penting kerana ikatan itulah yang menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan.

SABDA RASULULLAH UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menguatkan janji Allah itu dengan sabdanya (yang artinya):


"Wahai para pemuda! Barangsiapa diantara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, kerana nikah itu dapat menundukan pandangan, dan dapat membentengi faraj (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), kerana shaum itu dapat membentengi dirinya". [Hadits Shahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi].



"Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, yaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah karena ingin memelihara kehormatannya". [Hadits Riwayat Ahmad 2 : 251, Nasa'i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits No. 2518, dan Hakim 2 : 160 dari shahabat Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu].

2 comments:

kartini said...

salam a'alaik. menarik jugak ya kawin ramai2 mcm nie..:D

~ Nur Syurga ~ said...

waalaikumsalam..

memang sgt sgt menarik. Ini salah satu alternatif menjimatkan kos majlis perkahwinan. Malah ini salah satu kaedah yang boleh digunapakai oleh pemerintah untuk menyekat masalah sosial. Tapi sebelum tu masyarakat perlu diberi pendidikan mengenai kebaikan menyegerakan perkahwinan, mengelak budaya couple.