Tajuk di atas tu trick je..Saya bukannya nak promote produk tapi saya nak berkongsi cerita pada semua berkenaan produk di atas. Maklumlah masalah yang melanda dunia sekarang adalah krisis kenaikan harga minyak . Dalam bulan lepas saya dapat panggilan daripada kawan lama..happyla kan kawan lama call nak ajak buat bisnes pulak tu..Dulu kami (tahun lepas)pernah diperkenalkan dengan satu perniagaan secara online..masa tu kami memang bersemangat sangat sebab dengar ramai yang jadi jutawan.Tapi tak jadi. Saya bukanlah nak mengejar harta dunia bukan juga nak jadi jutawan. Tapi memandangkan saya banyak peluang melayari internet waktu tu so saya cuba mencari perniagaan yang boleh saya buat secara online. Masa tu kami diperkenalkan dengan UPTREND..kebetulan mereka ada buat seminar di hotel yang berdekatan dengan kediaman kami. Dalam hati sebenarnya was-was tapi tabiat saya suka mencari dan melihat dulu kemudian baru buat penilaian. So malam tu kami pun pergilah, penyampainya orang melayu..kelihatannya lelaki yang berkopiah ikut serta dalam seminar tu. Penyampai tu pandai menarik perhatian menggunakan kata-katanya diselit-selit dengan beberapa kerat hadis. Tapi anda jangan silap saya takkan terpengaruh.
Selesai saja majlis, kami didekati oleh dua orang lelaki..yang sorang tu mmg kwn kepada kawan saya, dialah introduce . Mereka bagi kami dua borang jadi downline mereka..(ohh tidak)mereka suruh kami isi borang..takpe isi dulu dah bagi duit nanti baru confirm jadi member..begitulah ayatnya. Bukan sikit tapi ratus-ratus ,bergantung kepada pakej. Mereka bertanya lagi bila nak bagi duit..saya cuba memberi helah mengatakan minggu depan..sebenarnya saya nak mengkaji betul betul apakah hukumnya perniagaan secara networking ni...sebab setengah pihak kata boleh asal saja kita tahu produk yang dijual dan tiada kesamaran.Waktu tu saya berharap pada Allah berikan saya petunjuk, saya tak nak rezeki yang datangnya dari sumber yang haram (Allah tak redha). Alhamdulillah sebelum saya dapat hujah yang nyata saya telah pun menolak daripada mengikutinya. Kawan saya pun ikut serta.
Tak lama lepas tu kawan saya dari johor memberi buku berkenaan hukum multilevel, maaflah saya tak dapat menerangkan lebih detail cuma yang pasti mengikut sistem ekonomi islam dalam transaksi perniagaan tidak dibenarkan adanya 2 akad dalam suatu masa. Dalam kes ini multilevel merupakan perniagaan yang melibatkan lebih dari 1 akad sebab adanya upline, downline 1, downline 2 dan seterusnya..
Berbalik kepada cerita pasal minyak..selepas setahun kejadian di atas berlalu ia menjadikan saya lebih berhati-hati dengan perniagaan internet ni. Bila orang cakap pasal multilevel saya terus berkata NO. Kawan saya kata bisnes ni bukannya macam bisnes UPTREND, saya cuma mengiyakan dan meminta laman web product yang dikatakannya boleh menjimatkan minyak kereta, motor dan lain lain sehingga 25%. Saya layari laman webnya ternyata dengan kaedah saintifik yang dihasilkan oleh teknologi USA ini mampu menjimatkan minyak..Namun jauh disudut hati saya, sampai bila keadaan ini akan berterusan..sedih kerana kita sudah tiada perisai lagi.
Sistem yang diduduki sekarang hanya menindas, tapi masyarakat tak tahu penyelesaiannya. Hanya mencari ubat untuk penyakit, tapi tak cari ubat untuk mencegah. Bila harga minyak naik, ada penjimat minyak jual..bila kes penculikan kanak-kanak berlaku mulalah ada rancangan nak letak cctv pada taman permainan kanak-kanak, bila berlakunya kes zina atau perkosaan adanya rumah perlindungan untuk wanita, bila berlakunya penagihan dadah ada tempat pemulihan dadah, tapi berapa ramai penagih tegar yang asyik keluar masuk? Semuanya mencari ubat pada penyakit..Tapi kenapa kita tak cari satu ubat untuk semua penyakit?
Renung-renungkan..Sistem Islam bukan hanya untuk menghukum tetapi ia bertindak untuk dua perkara mencegah dan mengubat . Minyak adalah hak umat. Tugas negara hanyalah mengelolanya sahaja dan memulangkan segala hasilnya kepada umat..Tetapi sistem kapitalis yang ada sekarang membuatkan kita perlu membayar untuk mendapatkannya. Itulah bahananya sistem kapitalis yang terus terusan mencari keuntungan. Masyarakat tak pernah tahu, kerana lahir lahir je da disuap dengan idea-idea sekular dibesarkan dengan suasana Kapitalis. Sedangkan air, minyak semua itu hak umat , umat tak perlu membayar untuk mendapatkannya. Kalulah udara itu dapat dilihat tentu saja ia juga akan diniagakan..Masyarakat perlu sedar kehidupan kita sekarang dikuasai barat, mereka yang memonopolikan ekonomi dunia, jadi apa-apa permasalahan dari mereka akan mempengaruhi ekonomi kita.
Bangkitlah ..bangkitkanlah pemikiran anda telusurilah perjuangan Rasulullah,Para Sahabatnya dan Khalifah-khalifah seterusnya membangunkan empayar Islam satu masa dulu sehingga ditakuti oleh lawan..Kehidupan kita sekarang bertitik tolak akibat musibah kejatuhan sistem Islam(sistem Khilafah)di Turki pada 1924.Inilah sedikit sebanyak malapetaka pada kita akibat menjalankan sistem bukan Islam.Ubat bagi semuanya ini adalah satu mengembalikan sistem Islam . Khilafah yang dibai'at ummat akan melaksanakan sistem Islam secara menyeluruh ..tiada lagi penindasan tiada lagi kesengsaraan . Itu janji Allah ..tapi tak wajar kalau kita hanya tunggu tanpa berusaha apa-apa. Inilah ubat untuk semua penyakit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- ~ Nur Syurga ~
- Ya Allah ..Hamba Musafir di bumiMu..Terkadang kenyang dek nafsu yang menggila namun kusyukuri nikmatMu yang menjagaku sehinggaku betah dengan ujianMu..tetapkanku dijalanMu agarku tak pernah jemu dan sentiasa mengharap RedhaMu..
DEMI MASA !
TINGGALKAN PESANAN ANDA
KOLEKSI NUR SYURGA
ARCHIEVE
LAMAN SAHABAT
KOMEN ANDA
HIBURAN MENDIDIK JIWA
DUNIA BARU ISLAM - THE ZIKR
MASIH BASAH..KENANGAN INDAH
ZAMAN CEMERLANG..ERA GEMILANG..
KETIKA RASUL..ADA DISISI
PARA SAHABAT MENTADBIR BUMI
ZAMAN NUBUWWAH..ERA KHULAFA'ISLAM LAKSANA..API YANG MENYALA
MENERANGI TEMAN DAN JUGA SAHABAT
BAHANG PANAS YANG MEMBAKAR LAWAN
DICELAH ITULAH... KAMI MENGATUR LANGKAH MEMBINA..SEBUAH TOIFAH..
DISINI BARA...TAK PERNAH PADAMDI
GENGGAM KUKUH...SEBUAH AZAM..
AYUHLAH..
PARA MUJAHID..AYUHLAH PARA MUJAHIDAH
KITA TINGGALKAN..ZAMAN FITNAH..
AGAR TERTEGAK KALIMAH ALLAH
AGAR TERBANGUN...DUNIA BARU ISLAM...
0 comments:
Post a Comment