Jun 15, 2008

SKANDAL SEKS GEREJA

Gereja selesai skandal seks LOS ANGELES: Sebuah gereja Roman Katolik terbesar di Amerika Syarikat menyelesaikan skandal seks memalukan oleh paderinya dengan membuat bayaran pampasan sebanyak AS$660 juta (RM2.3 bilion) - jumlah paling besar pernah dibayar dalam kes seumpamanya, lapor media tempatan semalam.
Penyelesaian oleh Gereja Los Angeles itu menjadikan jumlah tuntutan yang dibayar gereja Amerika sejak 1950, melebihi AS$2 bilion (RM7.08 bilion). Malah, satu perempat bayaran berkenaan membabitkan gereja Los Angeles berkenaan.

"Pihak Gereja Roman Katolik Los Angeles dan pendakwa mencapai persetujuan semalam," kata Ketua Peguam plaintif, Ray Boucher.

Kedua-dua pihak dijangka mengeluarkan kenyataan bersama lewat hari ini.

Bagaimanapun sumber yang enggan mendedahkan namanya berkata, persetujuan itu bernilai AS$660 juta (RM2.3 bilion).

Penyelesaian rundingan ini adalah yang terbesar dibayar sejak skandal penderaan seksual didedahkan di Boston pada 2002. Pembayaran paling besar sebelum ini dibuat Gereja Roman Katolik di Orange, California pada 2004 berjumlah AS$100 juta (RM354 juta).

Perkembangan ini menyebabkan sidang gereja di Tucson, Arizona, Spokane, Washington, Portland, Oregon, Davenport, Iowa dan San Diego, mengambil tindakan mendapatkan perlindungan daripada diisytiharkan muflis.

Jumlah itu yang akan memberikan kira-kira AS$1.3 juta setiap plaintif (RM4.6 juta) seramai 500 orang, melebihi laporan awal bahawa nilai rundingan penyelesaian adalah antara AS$600 juta (2.12 bilion) dan AS$650 juta (RM2.30 bilion).

Antara persetujuan dalam penyelesaian itu termasuk mendedahkan fail sulit peribadi paderi terbabit untuk dinilai hakim yang mendengar tuntutan itu, kata Boucher.

"Pendedahan dokumen paderi yang terbabiat adalah penting kepada perjanjian itu kerana ia boleh memberi maklumat sama ada pemimpin gereja turut melindungi paderi yang terbabit dalam skandal itu. Ketelusan amat penting untuk semua bentuk penyelesaian," katanya.

Tidak dapat dipastikan bagaimana jumlah pembayaran itu dikongsi ejen insuran, gereja dan beberapa sidang gereja. Perjanjian itu juga perlu dipersetujui dan ditandatangani hakim.

Jurucakap bagi pihak gereja, Tod Tamberg tidak dapat dihubungi untuk memberi maklumat lanjut. Beliau sebelum itu berkata, pihaknya akan ke mahkamah esok.

Kira-kira 500 lagi saman terhadap gereja kini menunggu untuk diselesaikan walaupun sudah didengar di mahkamah sejak bertahun lalu. - AP
Berita Harian


Ulasan:

Membaca kes-kes seperti ini sebenarnya akan lebih mendekatkan diri kita dengan Tuhan Sekalian Alam. Skandal ini membuktikan kepada kita bahawa manusia tidak akan merasa tenteram apabila salah satu keperluan nalurinya tidak dipenuhi. Ia telah membuktikan bahawa tanpa pemuasan naluri ini, kehidupannya menjadi sulit akibat tidak mengikut fitrah yang telah ditetapkan oleh Ilahi. Allah Azza wa Jalla telah menciptakan dalam diri manusia satu naluri yang berkaitan dengan melestarikan keturunan/naluri pembiakan (gharizatun nau’) atau di dalam bahasa Inggeris, ianya disebut sebagai procreational instinct. Naluri ini yang ada pada diri manusia tidak bersifat negatif. Ianya adalah keinginan yang dicipta dan memerlukan pemenuhan. Terpulanglah kepada manusia itu samada untuk memuaskannya dengan cara yang benar atau salah. Yang pastinya, ianya dicipta oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala bukan untuk sia-sia. Namun, bagi para paderi di dalam gereja, naluri ini dikekang. Tetapi, kalau kita melihat, kehidupan manusia, sama ada lelaki atau perempuan, mereka cenderung untuk tertarik dengan lawan jenis. Sejarah ini berlaku sejak dulu lagi iaitu semenjak diciptakan manusia yang pertama iaitu Adam dan Hawa. Menerusi sifat-sifat ini, maka lahirlah bangsa-bangsa sepertimana yang ada di dunia pada masa kini. Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah mengabadikan naluri ini di dalam surah Al-Quran.

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak..." [TMQ Ali-Imran (3) : 14]

Apa yang dapat difahami dari ayat di atas bahawa manusia terdorong sukakan kepada wanita dan anak-pinak (gharizatun nau'). Gharizah atau naluri ini adalah fitrah semula jadi yang diberikan oleh Allah kepada Manusia, manusia boleh mengekang tapi tak boleh menghapuskan naluri ini dalam dirinya. Jadi Allah SWT Pencipta naluri ini mengatur sistem perbuatan manusia dengan sistemnya yang asli. Ada hukum-hakam menunduk pandangan jika bertembung di jalananan, ada hukum menutup aurat, ada hukum penjagaan anak-anak, semuanya untuk mengatur gejolak yang timbul dari Naluri ini.

0 comments: