
Assalamualaikum.
Mengenai persoalan apakah hukum perempuan memakai seluar.
Seperti hujah dari saudara di atas saya tidak mengatakannya ia salah. Memakai seluar dibolehkan tetapi haram memakainya di luar rumah atau di tempat umum. Disini saya juga akan mendetailkan posting-posting saya sebelum ini sekaligus menjawab persoalan di atas dengan telus. InsyaAllah.
Begitu juga halnya, kita dapat menyaksikan berbagai pakaian muslimah yang mungkin ditafsirkan sebagai sudah menutup aurat sebenarnya masih belum mengikut ketetapan syara'. Contohnya baju kurung dan baju labuh hingga ke lutut kemudian disesuaikan dengan seluar. Ya memang benar ia sudah menepati iaitu longgar, dan dapat menyorok susuk tubuh muslimah sendiri. Hakikatnya pakaian ini muncul kerana adat dan budaya sesuatu negeri contohnya di Malaysia; baju kurung, Jepun;Kimono,Indonesia;Kebaya,dsb.Namun di sini ingin saya jelaskan bahwa Dalam kaedah usul, al-‘am yabqa fi ‘ummumihi ma lam yarid dalil at-takhsis’ (suatu dalil yang bersifat umum tetap pada keumumannya, selama tidak ada dalil yang mengkhususkannya). [Dr.Muhammad Husain Abdullah, Al Wadhih fi Ushul Al Fiqh, hal.318]. Jika dilihat di dalam surah al Ahzab, ayat 59 ia merupakan dalil khusus muslimah wajib berjubah. Manakala Hadist dari Ummu Atiyah merupakan dalil khusus bahawa muslimah wajib mengenakan jubah tatkala keluar ke tempat umum(public life). Penjelasannya adalah seperti di bawah, semoga semua muslimah mendapat pencerahan.
Ada 3 (tiga) masalah yang sering dicampuradukkan yang sebenarnya merupakan masalah-masalah yang berbeza.
Pertama, masalah batasan aurat bagi wanita.
Kedua, pakaian muslimah dalam kehidupan khusus (al hayah al khashshash), iaitu tempat-tempat di mana wanita hidup bersama mahram atau sesama wanita, seperti di rumah .
Ketiga, pakaian muslimah dalam kehidupan umum (al hayah 'ammah), iaitu tempat-tempat di mana wanita berinteraksi dengan masyarakat secara umum, seperti di jalan-jalan, sekolah, pasar, kampus, dan sebagainya. Busana wanita muslimah dalam kehidupan umum ini terdiri dari jilbab dan tudung(khimar).
Masalah batasan aurat wanita tidak akan saya bahaskan di sini, posting sebelum ini sudah pun saya jelaskan. Apa yang ingin dijelaskan adalah apakah pakaian yang boleh dipakai oleh wanita semasa dalam kehidupan khusus (Hayaatul ‘Khassah/private life) dan semasa berada dalam kehidupan umum (Hayatul ‘am/Public Life).
Pakaian Wanita Dalam Kehidupan Khusus (Hayaatul ‘Khassah/private life)
Cara seorang Muslimah menutupi auratnya dihadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firmanNya : “Wa la yubdina” (Dan janganlah mereka menampakkan) [Surah An-Nur:31] atau sabda nabi “Lam yahluh an yura minha” (tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya) [HR Abu Dawud] . Jadi pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan tapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Memakai kain panjang, seluar, gaun dsb juga dapat menutupinya sebab bentuk dan jenis pakaian tidak ditentukan oleh syara. Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar’i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis atau fesyennya. Namun demikian syarak telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka dianggap tidak menutupi aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui samada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat.
Pakaian Wanita Dalam Kehidupan Umum (Hayatul ‘am/Public Life)
Jika seorang wanita telah memakai pakaian yang menutupi aurat, tidak bermakna dia boleh mengenakan pakaian itu dalam kehidupan umum, seperti di Kampus, pasaraya, jalanan umum, pejabat atau di pasar-pasar dan sebagainya. Mengapa ? Sebab dalam kehidupan umum terdapat pakaian khas yang telah ditetapkan oleh syara'. Jadi dalam kehidupan umum tidak cukup hanya dengan menutup aurat, seperti memakai seluar panjang, atau baju potongan(e.g baju kurung) walaupun ia sudah dapat menutupi aurat.
Seorang wanita yang memakai seluar panjang atau baju potongan(e.g baju kurung) memang dapat menutupi aurat. Namun tidak bermakna dia boleh memakainya di hadapan lelaki yang bukan mahram, kerana dengan pakaian itu dia telah menampakkan keindahan tubuhnya (tabarruj). Tabarruj adalah, menampakkan perhiasan dan keindahan tubuh kepada lelaki asing/non-mahram (izh-haruz ziinah wal mahasin lil ajaanib) (An-Nabhani, 1990 : 104). Oleh karena itu walaupun ia telah menutupi auratnya, akan tetapi ia telah bertabarruj, sedangkan tabarruj dilarang oleh syara'. Pakaian yang dibenarkan pada kehidupan umum ialah jilbab dan tudung(khimar)
Kewajipan Jilbab [ TMQ Al Ahzab : 59]
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Tafsir Ayat
Allah Swt. berfirman: Yâ ayyuhâ an-Nabiyy qul li azwâjika wa banâtika wa nisâ' al-Mu'mînîn (Hai Nabi, katakanah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang Mukmin). Khithâb (seruan) ayat ini ditujukan kepada Rasulullah saw.
Allah Swt. memerintahkan Nabi saw. untuk menyampaikan suatu ketentuan kepada para Muslimah. Ketentuan yang ditetapkan kepada para wanita Mukmin itu adalah: yudnîna 'alayhinna min jalâbîbihinna (hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka).
Kata jalâbîb merupakan bentuk jamak dari kata jilbâb. Apakah pengertian jilbab?
Dalam kitab Al Mu'jam Al Wasith karya Dr. Ibrahim Anis (Kairo : Darul Maarif) halaman 128,
-Jilbab bermaksud sebagai "Ats tsaubul musytamil 'alal jasadi kullihi" (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau "Ma yulbasu fauqa ats tsiyab kal milhafah" (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (baju terusan), atau "Al Mula`ah tasytamilu biha al mar`ah" (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).
Kamus Bahasa Arab : Al-Muhith, Muhammad bin Ya'qub al-Fairuz Abadi, Muassasatu ar-Risalah, Beirut Lebanon
-Pakaian yang lebar seperti terowong (tidak terpotong); gamis/jubah dan pakaian longgar untuk wanita serta dapat menutup pakaian wanita sehari-hari (ats-tsiyab, pakaian yang biasa dipakai di rumah bersama mahram atau wanita lain).
Kamus Mukhtaru ash-Shihhah
- Al-Jauhari menyatakan bahwa jilbab adalah pakaian yang disebut milhafah atau dikatakan mula-ah (mantel, kain penutup dari atas hingga bawah atau sekali masuk)
Jadi jelaslah bahawa yang diwajibkan atas wanita adalah mengenakan pakaian yang sekeping lurus ke bawah hingga mata kaki( Arab:milhafah/mula’ah) yang dikenakan sebagai pakaian luar (di dalamnya masih ada pakaian rumah atau pakaian sehari-hari(ats-tsiyab) tetapi bukan coli dan seluar dalam) lalu dihulurkan ke bawah hingga menutupi kedua kakinya.
Kewajipan jilbab dalam kehidupan umum
Untuk seruan pemakaian jilbab pada TMQ Al-Ahzab: 59, terdapat qarinah berupa hadits dari Ummu 'Athiyah yang menunjukkan bahwa Rasulullah SAW tidak bertolak ansur seorang wanita yang berada pada kehidupan umum (di luar rumah) dalam keadaan tidak mengenakan jilbab, dengan alasan tidak ada (sekalipun!). Hal ini menunjukkan bahwa pemakaian jilbab dalam kehidupan umum adalah WAJIB, sebab Rasulullah SAW sama sekali tidak bertolak ansur terhadap pelalaian suatu kewajiban.
Rasulullah saw. memerintahkan kami untuk keluar pada Hari Fitri dan Adha, baik gadis yang menginjak akil baligh, wanita-wanita yang sedang haid, maupun wanita-wanita pingitan. Wanita yang sedang haid tetap meninggalkan solat, namun mereka dapat menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum Muslim. Maka Aku(Ummu 'Athiyah) bertanya, "Wahai Rasulullah, salah seorang di antara kami tidak memiliki jilbab?" Rasulullah saw. menjawab, "Hendaklah saudarinya meminjamkan jilbabnya kepadanya." (HR Muslim).
Berkaitan dengan hadits Ummu 'Athiyah ini, Syaikh Anwar Al-Kasymiri, dalam kitabnya Faidhul Bari, Juz I hal. 388, mengatakan : "Dapatlah difahami dari hadits ini, bahawa jilbab itu dituntut apabila seorang wanita keluar rumah, dan dia tidak boleh keluar [rumah] jika tidak mengenakan jilbab."
Kewajipan Khimar (tudung) dalam kehidupan umum
“Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak darinya.”
Kata khumur merupakan bentuk jamak dari kata khimar. Khimar atau tudung wajib dipakai jika hendak keluar rumah menuju ke tempat umum (public life).
Rumusan
-Dalam kaedah usul, al-‘am yabqa fi ‘ummumihi ma lam yarid dalil at-takhsis’ (suatu dalil yang bersifat umum tetap pada keumumannya, selama tidak ada dalil yang mengkhususkannya). [Dr.Muhammad Husain Abdullah, Al Wadhih fi Ushul Al Fiqh, hal.318]
- Surah Ahzab: 59 dan hadis dari ummu Athiyah merupakan nas khusus menjelaskan tentang jilbab merupakan pakaian yang wajib dipakai apabila keluar rumah dan menuju tempat-tempat umum bertemu masyarakat.
- Pakaian muslimah (ketika keluar rumah) terdiri dari dua lapis, iaitu pakaian rumah (ats-tsiyab) dan baju luar yang berupa jilbab. Inilah pakaian wanita yang telah ditetapkan syarak.
- Seluar dan pakaian potongan seperti baju kurung hanya boleh dipakai di kehidupan khusus bersama mahram dan wanita lain. Ataupun pakaian tersebut boleh dipakai di dalam jilbab(jubah) sebagai ats-tsiyab.
Wallahu’alam
Perkahwinan merupakan fitrah yang Allah anugerahkan ke atas manusia, baik lelaki mahupun perempuan. Menurut Islam perkahwinan bukanlah atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan syahwat tetapi untuk memenuhi kehendak tujuan kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah. Kerana itu setiap Muslim mahupun Muslimah perlu merancang agar perkahwinan mereka tergolong di dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub ila Allah).
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]
Hadis di atas menerangkan pedoman dari Rasulullah bahawa asas perkahwinan mestilah didasarkan kepada ketakwaan. Muslimin dan Muslimat di sarankan agar memotivasikan diri untuk menjadikan perkahwinan itu sebagai rangka mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Taala.
Perkahwinan merupakan pangkal, sementara berbagai-bagai hubungan lain hanyalah cabang dari adanya hubungan perkahwinan. Dengan kata lain, jika tidak ada perkahwinan, tidak mungkin muncul status suami, isteri, anak, bapa, ibu dan sebagainya.Islam telah menganjurkan kaum Muslimin untuk melangsungkan perkahwinan. Ibnu Mas’ud radhiallahu anhu menuturkan bahawa Rasulullah bersabda sebagai berikut:
“Wahai para pemuda, siapa saja di antara kalian yang telah mampu memikul beban, hendaklah ia segera bernikah, kerana hal itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Sebaliknya siapa sahaja yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, kerana hal itu dapat menjadi perisai.”
Seorang Muslim atau Muslimah yang baik selalu berharap kepada Allah agar mendapatkan pasangan yang dapat menjaga kehormatan dirinya, keluarganya dan kedekatannya kepada Allah Subhanahu wa Taala. Ia akan bersyukur jika ia berhasil memiliki pasangan yang soleh/solehah. Sebab ia telah mendapat keberuntungan yang paling besar. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” [HR Muslim]
Seorang Muslim tidak dianjurkan menikahi seseorang kerana kecantikannya, kekayaannya mahupun darjatnya, tetapi dianjurkan agar memilih yang bertaqwa. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;
“Janganlah kalian menikahi perempuan itu kerana kecantikannya, mungkin kecantikannya itu akan membawa kerosakan bagi mereka sendiri. Janganlah pula kalian menikahi mereka kerana mengharap harta mereka, mungkin hartanya itu akan menyebabkan mereka sombong. Akan tetapi, nikahilah mereka dengan dasar agamanya. Sesungguhnya hamba sahaya yang hitam lebih baik, asalkan ia beragama.” [HR Ibnu Majah]
Hadis di atas menuntut agar seseorang berkahwin kerana agama dan bukan kerana selainnya. Apa yang penting, setiap perkahwinan itu mestilah berdasarkan cinta kasih pasangan kerana Allah. Jika setiap pasangan berkahwin atas cinta kerana Allah, nescaya mereka akan beroleh rahmat dari perkahwinan tersebut sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Taala:
“Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antara kalian rasa kasih dan sayang.” [TMQ ar-Rum (30):21]
Kehidupan suami isteri
Pada dasarnya, hubungan suami-isteri adalah hubungan yang didasarkan pada prinsip persahabatan yang akrab, saling mengerti dan saling memerlukan. Hubungan suami isteri ini akan menjadi lebih bermakna jika suami isteri itu tahu menjalankan tanggung jawab masing-masing. Dengan ini syariat Islam telah menjelaskan apa yang menjadi hak isteri atas suaminya dan hak suami atas isterinya. Sebagaimana Firman Allah:
“Para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf.” [TMQ al-Baqarah (2):228]
Ertinya hak yang dimiliki oleh seorang isteri atas suaminya sama seperti hak suami atas isterinya dari sudut masing-masing mesti mematuhi perintah dan larangan Allah. Oleh sebab itu Ibn Abbas pernah bertutur demikian,
“Sesungguhnya aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana ia berhias untukku. Aku pun suka meminta agar ia memenuhi hakku yang wajib dia tunaikan untukku, sehingga aku pun memenuhi haknya yang wajib aku tunaikan untuknya.”
Dan kata-katanya lagi;
“Para isteri berhak merasakan suasana persahabatan dan pergaulan yang baik dari suami mereka, sebagaimana mereka pun berkewajiban untuk melakukan ketaatan dalam hal yang memang diwajibkan atas mereka terhadap suami mereka.”
Antara hak dan kewajiban suami ke atas isterinya ialah:
(1) Suami berkewajiban memberi nafkah kepada isterinya seperti makanan, minuman, pakaian mahupun tempat tinggal dengan cara yang baik. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam:
“Engkau (suami) harus memberinya makan jika engkau makan dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah engkau menempeleng wajahnya, janganlah engkau menghinanya, dan jangan pula membiarkannya kecuali di dalam rumah.” [HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban]
(2) Suami berkewajiban memenuhi keperluan seksual isterinya, walaupun hanya sekali dalam masa empat bulan, yakni jika keadaan tidak mengizinkan. Keadaan ini ditetapkan berdasarkan Firman Allah Subhanahu wa Taala:
“Kepada orang-orang yang hendak bersumpah untuk menjauhkan dirinya dari isteri-isterinya, bagi mereka ada masa tangguh sampai empat bulan. Kemudian jika mereka kembali kepada isterinya maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [TMQ al-Baqarah (2):226]
(3) Minimum tidur bersama isteri sekali dalam setiap empat hari. Pada masa Umar bin al-Khatthab ketetapan semacam ini pernah dilakukan. Ketetapan Umar ini diambil dari firman Allah;
“Nikahilah wanita-wanita yang kalian senangi dua, tiga, atau empat.” [TMQ an-Nisa’ (4):3]
Ini bermaksud, jika seorang suami itu mempunyai empat orang isteri (maksimum) maka jarak giliran antara setiap orang isteri adalah empat hari. Jadi, berdasarkan mafhum ayat, empat hari adalah had maksimum bagi suami melayani hak tidur isteri, walaupun isterinya adalah seorang.
(4) Berbuat adil dalam pembahagian jika suami mempunyai isteri lebih dari seorang. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
“Siapa saja yang mempunyai dua orang isteri, kemudian dia lebih cenderung kepada salah satunya, maka orang itu pada hari kiamat akan dipapah oleh seseorang kerana jatuh atau tertatih-tatih.” [HR at-Tirmidzi]
(5) Jika isterinya seorang gadis, maka si suami hendaklah tinggal bersamanya selama tujuh hari dari permulaan pernikahannya dan tiga hari (dari tarikh pernikahan) jika isterinya seorang janda. Ini di ambil dari sabda Rasulullah yang ertinya:
“Bagi gadis tujuh hari, sedangkan bagi janda tiga hari, kemudian barulah ia kembali kepada isterinya yang lama.” [HR Muslim]
(6) Suami disunnahkan memberikan izin kepada isterinya jika ingin melihat saudaranya yang sakit atau menziarahi jika ada yang meninggal dunia.
Di antara hak suami atas isterinya ialah:
(1) Isteri wajib mentaati suaminya dalam hal kebaikan, bukan dalam kemaksiatan kepada Allah. Namun demikian, seorang suami hendaknya tidak memberatkan atau menyusahkan isterinya. Ketentuan semacam ini diambil dari Firman Allah:
“Jika isteri-isteri kalian mentaati kalian maka janganlah kalian mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.” [TMQ an-Nisa’ (4):34]
Rasulullah juga bersabda:
“Sekiranya aku dibolehkan menyuruh seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku akan menyuruh seorang isteri bersujud kepada suaminya.” [HR at-Tirmidzi]
(2) Seorang isteri wajib menjaga harta kekayaan dan rahsia suaminya. Ia juga tidak boleh keluar rumah kecuali atas izin suaminya. Ketentuan ini diambil dari sabda Rasulullah:
“(Sebaik-baik wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibenci suaminya” [HR an-Nasa’i]
(3) Berpergian bersama suaminya jika diajak. Sebab, berpergian bersama suami merupakan hak suami yang wajib ditaati oleh isterinya.
(4) Isteri wajib melayani suami jika suami mahu bersamanya. Ini kerana, melayani keperluan seksual suami merupakan kewajipan isteri dan hak bagi suami. Dalam sebuah hadis disebutkan:
“Jika seorang suami mengajak isterinya untuk tidur bersama, kemudian isterinya menolaknya, hingga suaminya marah, maka malaikat akan melaknatnya hingga pagi hari.” [Muttafaq ‘alaih]
(5) Seorang isteri wajib meminta izin suaminya jika ia hendak mengerjakan puasa sunat. Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah:
“Tidak halal bagi isteri untuk melakukan puasa ketika suaminya menyaksikannya, kecuali berdasarkan izinnya.” [Muttafaq ‘alaih].
Apa yang diterangkan di atas hanyalah sebahagian dari hak dan tanggungjawab di antara suami isteri di dalam kehidupan rumah tangga. Jika suami tidak menunaikan hak isterinya, suami tersebut telah melakukan kesalahan. Begitu juga, jika seorang isteri tidak memenuhi hak suaminya ia telah melakukan nusyuz.
Nusyuz
Nusyuz adalah pelanggaran isteri terhadap perintah dan larangan suami secara mutlak. Hukum nusyuz berlaku apabila si isteri melanggar perintah dan larangan suami semasa berada di dalam hayatul khas/kehidupan khusus (rumah tangga) seperti di dalam rumah. Adapun jika seorang isteri melanggar perintah suaminya di luar kehidupan khusus itu, ini tidak dinamakan nusyuz.
Syariat Islam telah menetapkan beberapa hak suami yang perlu dijalankan oleh seorang isteri. Antaranya menguruskan rumah tangga. Apabila seorang suami menyuruh isterinya membancuh teh, membasuh pakaian, memasak, memandikan anak-anak dan menggosok pakaiannya, jika isterinya tidak mahu melakukannya, ini bermakna isterinya itu telah melakukan nusyuz terhadap suaminya.
Begitu juga, jika seorang suami melarang isterinya bertabarruj (berhias diri) atau tidak memakai tudung di hadapan tetamunya di dalam rumah, jika isterinya melanggar larangan suaminya itu, maka isteri tersebut telah melakukan nusyuz.
Sebaliknya jika suami tersebut melarang si isteri keluar rumah bertabarruj atau tidak memakai tudung (di luar rumah – hayatul am), jika si isteri tersebut tidak mengikut larangan suaminya itu, ini tidak dinamakan nusyuz kerana perbuatan itu bukanlah di dalam hayatul khas. Isteri tersebut telah melakukan keharaman kerana melanggar perintah Allah, cuma perbuatan tersebut tidak termasuk kategori nusyuz kerana berlaku di dalam hayatul am.
Contoh yang sama adalah jika si suami melarang isteri dari mencuri. Namun isteri melanggar perintah suami dan tetap mencuri (contohnya mencuri di pasar raya), maka isteri tersebut telah melakukan dosa dan keharaman. Namun ini tidak termasuk di dalam kategori nusyuz. Dan dari segi hukuman, isteri tersebut wajib dipotong tangannya oleh negara (Khilafah) dan bukannya dikenakan hukuman nusyuz oleh suami.
Ketika syariat Islam telah menetapkan hak suami secara umum untuk memerintahkan isterinya melakukan sesuatu, atau melarangnya, syariat juga telah membenarkan beberapa hal dari keumuman tersebut. Misalnya, syariat membolehkan seorang wanita untuk menjalankan perniagaan, mengajar, menghubungkan silaturrahim, pergi ke masjid, menghadiri ceramah ataupun seminar dan sebagainya. Seandainya si isteri melanggar larangan suaminya ini, maka si isteri tersebut tidak jatuh nusyuz kerana ini merupakan hak di dalam kehidupan umum yang dibenarkan oleh Allah ke atas wanita. Namun si isteri mestilah meminta izin kepada suami untuk keluar rumah dan mesti mentaati keputusan suaminya selama mana tidak melanggar syarak.
Syariat Islam juga telah mewajibkan wanita untuk berdakwah dalam masyarakat. Ini bermakna wanita/isteri juga wajib berdakwah, sebagaimana lelaki/suami. Seandainya si suami melarang si isteri untuk keluar berdakwah, ini adalah satu kesalahan bagi pihak suami. Meski demikian, jika di rumah ada kewajipan lain seperti menguruskan anak-anak, menyiapkan pakaian, makan dan minum suami, maka hal ini hendaklah dilakukan terlebih dahulu oleh si isteri.
Hukuman nusyuz.
Hukuman nusyuz telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Taala sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“Wanita-wanita yang kalian khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidurnya, dan pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak membekas), jika mereka mentaati kalian, janganlah kalian mencari-cari alasan untuk menghukum mereka” [TMQ an-Nisa’(4):34)
Jadi bentuk hukuman tersebut (dan mesti dilakukan menurut urutan) adalah:
1. menasihatinya dan memberi peringatan kepadanya.
2. mengasingkan tempat tidur.
3. memukulnya dengan pukulan yang tidak membekas.
Semua hukuman tersebut ditetapkan sebagai cara agar seorang isteri mentaati suaminya. Jadi, apabila isteri melakukan nusyuz, maka penyelesaiannya mestilah mengikut hukuman di atas.
Di samping itu, satu hal yang semestinya diperhatikan adalah bahawa kehidupan suami isteri harus merupakan bentuk kehidupan berkeluarga yang penuh dengan kasih sayang dan rahmat (mawwadah wa rahmah ). Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya, dan akulah orang yang terbaik di antara kalian terhadap keluargaku.” [HR Muslim]
Wallahu a’lam bi sawab.
ERTI KATA HIJRAH DALAM TAHUN BARU
Dari segi bahasa “ Al Hijarah” merupakan isim dari fi’il hajara, yang membawa erti ‘dhidd al washl’( Berubah atau lawan maksud tetap/sama)
Manakala “ Al-Muhajirah min ardh ila ardh” (berhijrah dari satu negeri ke negeri alin) bermaksud “ tark al-ula li ats tsaniyyah” (meninggalkan negeri pertama menuju ke negeri kedua).
(Imam Al Razi, Mukhtarash Shihah, M/S 690 Imam Qurtubi, Tafsir Al Qurtubi, III/48)
Secara umumnya, ‘ Al Hijrah’ membawa maksud berpindah (al-intiqal) dari satu tempat/keadaan ke tempat atau keadaan lain; tujuannya adalah meninggalkan yang pertama menuju yang kedua.
Dari segi syara’ “Al Hijarah” adalah meninggalkan negeri kufur (Darul kufur) ke negeri Islam(Darul Islam) . ( Al jurjani, At Ta’rifat, I/83)
Hijrah Nabi Muhammad SAW
Jika ditinjau dari kitab-kitab sirah, kita dapat menyimpulkan kerana mendapat tentangan yang hebat (mental dan fizikal) dari kaum Quraisy ke atas kaum muslimin ketika itu mendorong Nabi dan para sahabat berhijrah ke Madinah seraya memenuhi wahyu yang diturunkan. Di Madinah kaum muslimin telah menemui keamanan dan perlindungan kerana mereka telah mendapat nushrah (bantuan) .
“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.” (surah Al-Hijr:94)
Hijrah Kita Saat ini
Bagaimana hijrah kita saat ini? Jika diperhatikan setiap tahun kita akan diberi satu hari cuti sempena Maal Hijrah. Berbagai agenda telah diatur dari peringkat kampung-kampung hingga ke peringkat kebangsaan. Biasanya pada 1 Muharram kita akan dapat melihat majlis perarakan Maal Hijrah di merata tempat, tidak kurang juga di televisyen dan dicorong-corong radio berkumandang lagu-lagu nasyid serta penyampaian anugerah kepada tokoh Maal Hijrah setiap kali sambutan Maal hijrah pasti ada slogan yang dilaungkan. Tetapi hakikatnya slogan hanya tinggal slogan hijrah nabi sekadar untuk dikenang sepanjang zaman.
Dalam realiti kini kita mengakui bahawa Negara ini masih terbelenggu dengan sistem non syariah. Jadi adalah mustahil untuk kita berhijrah ke tempat lain kerana masih belun ada di dunia ini sebuah Negara islam yang sebenarnya yang melaksanakan sistem khilafah yang ada hanyalah Negara yang meletakkan Islam hanya sebagai tempelan belaka.Oleh itu hijrah dalam konteks berpindahnya kaum muslim dari Darul Kufur menuju Darul Islam hanya akan terlaksana apabila ditengah-tengah kaum muslim berdirinya Khilafah Islamiyah. Oleh itu hijrah dalam keadaan sekarang bagi kita adalah dengan melanjutkan kembali Kehidupan Islam dalam diri setiap individu, masyarakat dan Negara. Ini dapat kita lihat seorang muslim yang tidak berhijrah tanpa alasan syar’i ibaratkan seperti tidak peduli terhadap agamanya. Muslim sejati adalah yang sentiasa peka terhadap kesempurnaan ibadahnya kepada Allah swt. Jika dia menyedari bahawa perbuatan dan muamalahnya bertentangan dengan syariah Islam atau akan menjerumuskan dirinya pada kenistaan dia akan segera meninggalkan semua itu dan berpindah kepada perbuatan dan muamalah islami. Begitu juga jika ia hidup dikelilingi oleh kekufuran dan kemaksiatan ia berusaha untuk mengubah keadaan masyarakat yang kufur itu menuju masyarakat yang islami. Bukan hanya menunggu-nunggu tegaknya Daulah Islamiyah di tempat lain untuk dia berhijrah.
Kesimpulannya, hijrah diperingkat individu adalah dengan menjadikan aqliyah (pola fikir) dan nafsiyahnya (pola sikap) islamiyah. Manakala hijrah masyarakat yang kufur kepada masyarakat yang islami dan hijrah Negara adalah dari system sekular kepada sistem Khilafah Islamiyah. Justeru sebagai entiti masyarakat muslim kita seharusnya mewarisi perjuangan nabi saw yang berhijrah demi melanjutkan kehidupan Islam dan membina Negara Islam pertama di Madinah dengan cara berjuang menegakan kembali kekuasaan Islam (Khilafah Islamiyah) . Ayuh sahabat kita bergading sama!!
Wallahu’alam Bishawab.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
“Islam bermula dalam keadaan asing (gharib), dan akan kembali di anggap asing sebagaimana bermula. Maka beruntunglah orang-orang asing itu(ghuraba).”
(HR. Imam Muslim dari Abu Hurairah, juga dari Ibnu Umar)
Namun tanpa kalimat “Beruntunglah orang-orang asing itu”.
Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud. Imam Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Hurairah, Ibnu Mas’ud, dan Anas. Imam Baihaqy dari Katsir bin Abdullah bin Auf, dari Ayahnya dari datuknya. Imam Thabrani dari Salman, Sahl bin Saad as Saidi, dan Ibnu Abbas ridhwanullah ‘alaihim ajma’in)Rasulullah Shallalahu ‘Alaihi wa Sallam memerintahkan,
“Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan orang yang asing.” (HR. Bukhari)
Dalam riwayat Imam Thabrani dari Sahl r.a, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ditanya, “Siapakah Ghuraba itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Iaitu orang-orang yang melakukan perbaikan ketika orang-orang lain rosak.”
Dalam riwayat Imam Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Ibnu Mas’ud r.a, maksud ghuraba adalah An Nuzza’ minal Qaba-il (Orang-orang yang memutuskan diri dari golongannya). Maksudnya tidak fanatik dengan golongannya.
Dalam riwayat Imam Baihaqy dan Imam Tirmidzi yang lain , maksud ghuraba adalah “Orang-orang yang menghidupkan sunnahku dan mengajarkannya kepada manusia.”
Dalam riwayat Imam Ahmad dan Imam Thabrani, maksud ghuraba adalah “Manusia soleh yang sedikit di antara manusia yang banyak. Orang yang menentang mereka lebih banyak di banding yang mentaati mereka.”
Syaikh Saad al Ghamidi seorang aktivis dakwah, munsyid (penasyid) ,hafizh dan qari terkenal yang murattalnya telah menyebar di negeri-negeri muslim, berkata dalam intro nasyid Arab yang sangat terkenal dikalangan aktivis harakah pada tahun 90-an berjudul Ghuraba yang dilantunkan oleh Syaikh al Ghamidi sendiri dalam
album Ad Damaam 2:
Bukanlah orang asing itu yang berpisah dari negerinya.
Tetapi orang asing itu adalah orang yang melihat manusia
di sekitarnya bermain-main,
ia membangunkan manusia sekitarnya yang tertidur,
dan ia di atas jalan kebaikan ketika manusia di sekitarnya terbawa kesesatan.
Benarlah perkataan penyair, ketika ia berkata:
Seorang sahabat berkata, engkau terlihat asing
Di antara manusia, engkau tidak memiliki kekasih
Aku berkata: Sekali-kali tidak, bahkan manusia itulah yang terasing
Aku berada pada duniaNya dan mendapat petunjuk di atas jalanNya
Demikianlah orang terasing. Orang terasing di sisi manusia ia laksana terpenjara, tetapi ia mulia di sisi Rabb mereka.
Gharib Bukan ‘Uzlah
Ada perbezaan mendasar antara غريب(gharib - terasing) dengan عزلة (‘uzlah – mengasingkan diri). Gharib dalam konteks ini adalah orang yang terasing kerana masyarakatnya yang menganggapnya asing, walau ia hidup di tengah masyarakat dan merupakan sebahagian dari mereka, dan ia tidak menjauhkan diri dari masyarakat. Sedangkan uzlah adalah orang yang memisahkan diri (i’tizal) dari masyarakat, ia sendiri yang lari dari masyarakat, bukan masyarakat yang menjauhkan diri darinya
Ya, jadilah ghuraba (orang-orang terasing), bukan kerana kita pendatang baru di kampung halaman, tetapi kerana kita memegang teguh prinsip-prinsip agama, di tengah masyarakat yang telah melupakan agama. Manusia yang memegang teguh sunnah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam di tengah masyarakat yang tidak kenal bagaimana susuk nabinya, bahkan istihza (memperolok-olok) sunnahnya. Memegang teguh akhlak dan adab Islam, di tengah masyarakat yang terpukau dengan akhlak dan adab Barat yang sekuler dan liberal, atau akhlak dan adab timur yang sinkretisme. Memegang teguh solusi Islam di tengah masyarakat yang lebih mempercayai solusi Barat atau sebaliknya, ucapan para dukun dan penyihir timur.
Memegang teguh fikrah Islam di tengah masyarakat yang terpesona fikrah sekularisme. Kita terasing di kampung sendiri kerana ini, terasing di pejabat kerana ini, terasing di sisi sahabat kerana ini, terasing di kampus kerana ini, bahkan terasing dikalangan keluarga sendiri kerana ini; kerana apa? kerana Islam yang kita bawa. Bukan kerana kita lari dari mereka. Bukan pula kerana kita tidak mengenalkan diri. Mereka telah mengenal kita dan keluarga kita dengan baik, telah mengenal aqidah kita, keimanan, fikrah, akhlak dan adab, serta solusi yang kita bawa, justeru kerana itu kita dianggap asing. Apa yang kita bawa dan tanamkan, dianggapnya bertentangan dengan kebiasaan, adat, tradisi, kepentingan, dan hawa nafsu mereka. Terasing bukan kerana kita menjauh, terasing kerana nilai kebaikan yang kita bawa telah menjadi hal yang aneh dan ‘baru’ bagi mereka kerana kemalasan mereka mengkaji agama, atau sikap acuh tidak acuh mereka terhadap agama. Lebih dari itu, apa yang kita bawa menjadi ancaman bagi keadaan status quo mereka.
Kalau kita telah mengalami ini, di mana saja kita berdakwah, lalu kita bersabar atas segala macam cubaan dan fitnah manusia, maka mudah-mudahan kita termasuk golongan ghuraba, bukan golongan yang kabur dari keadaan.
Ingatlah sahabat, tiada permaidani merah dihamparkan dihadapanmu selama engkau bergelar daei..
Bergaul Lebih Utama Dibanding Uzlah
Imam an Nawawi dalam kitabnya yang terkenal, Riyadhus Shalihin min Kalami Sayyidil Mursalin, membuat bab yang sangat panjang, Keutamaan bergaul dengan manusia dan menghadiri program dan jamaah mereka, menyaksikan kebaikan dan majlis dzikir bersama mereka, menjenguk orang sakit, dan mengurus jenazah mereka. Memenuhi keperluan mereka, membimbing kebodohan mereka, dan lain-lain berupa kemaslahatan bagi mereka, bagi siapa saja yang mampu untuk amar ma’ruf nahi mungkar, dan menahan dirinya untuk menyakiti, serta bersabar ketika disakiti.
Imam an Nawawi berkata, “Ketahuilah, bergaul dengan manusia dengan cara seperti yang saya sebutkan, adalah jalan yang dipilih oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dan
seluruh Nabi Shalawatullah wa Salamuhu ‘Alaihim, demikian pula yang ditempuh oleh Khulafa’ur Rasyidin, dan orang-orang setelah mereka dari kalangan sahabat, tabi’in, dan orang setelah mereka dari kalangan ulama Islam dan orang-orang pilihannya. Inilah madzhab kebanyakan dari tabi’in dan orang-orang setelah mereka, ini pula pendapat Asy Syafi’i dan Ahmad, dan kebanyakan fuqaha radhiallahu ‘anhum ajma’in.
Allah Ta’ala berfirman:
“Saling tolong menolonglah dalam kebaikan dan ketaqwaan”
(QS. Al Maidah: 2)
Ayat-ayat dengan makna seperti yang saya sebutkan sangat banyak dan telah diketahui.
(Imam an Nawawi, Riyadhush Shalihin, hal. 182. tahqiq oleh Muhammad Ishamuddin Amin.Maktabatul
Iman, Al Manshurah)
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Orang mu’min yang bergaul dengan manusia dan sabar menghadapi gangguan mereka, lebih baik daripada orang yang tidak mau bergaul dengan mereka dan tak sabar menghadapi gangguan mereka. “
(HR. Imam Bukhari dalam Adabul Al Mufrad, Imam At Tirmidzy, dan Imam Ahmad)
Keutamaan bergaul dengan masyarakat merupakan pilihan hidup dari para Imam, ini pula pandangan yang dianut oleh Said bin al Musayyab, Qadhi Syuraih, Amr bin asy Sya’bi, Abdullah bin Mubarak, dan lain-lain.Inilah pilihan para ulama masa kini, padahal zaman semakin rosak, namun mereka turun gunung untuk ikut memperbaiki keadaan. Bukan justeru lari dari kenyataan.
Demikianlah, sifat ghuraba tidaklah menghalangi kita untuk tetap bergaul dan berdakwah di tengah masyarakat, dan bertahan dari fitnah dan kerosakan mereka, serta menahan diri untuk menyakiti mereka. Dan,makna ghuraba menurut Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Thabrani dari Sahl bin Saad as Saidi, adalah “Orang-orang yang melakukan perbaikan di tengah masyarakat yang rosak.
Manfaat Bergaul Dengan Manusia
Imam Ibnu Qudamah dalam Mukhtashar Minhajul Qashidin menyebutkan beberapa kentungan bergaul dengan manusia:
1. Belajar dan mengajar
Ar Rubayyi bin Khaitsam berkata, “Belajarlah lalu uzlah-lah, kerana ilmu itu merupakan dasar agama. Tidak ada kebaikan dalam uzlahnya Dia menjawab, “Itu sama dengan kehancuran dan bencana.”
Orang itu bertanya lagi, “Lalu bagaimana dengan uzlahnya orang berilmu? Ulama tersebut menjawab, “Engkau tidak perlu peduli dengannya. Biarkan saja uzlahnya itu. Dia sendiri yang menanggung penderitaan dan kenistaannya.
Dia menolak minum air segar, hanya minum dari daun-daun kering
hingga berjumpa dengan Allah", Sedangkan mengajarkan ilmu adalah salah satu amal paling utama dalam Islam, sebagaimana mencari ilmu.
2. Mengambil dan Memberi Manfaat
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi kebutuhannya.“ (HR. Muslim)
Hadith ini tidak bisa kita amalkan tanpa bergaul dengan manusia, dan Rasulullah sendiri menegaskan bahwa sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya (anfa’uhum linnas).
3. Melatih diri sendiri dan membimbing orang lain
Bergaul dengan manusia merupakan latihan kesabaran, menata jiwa dan emosi, serta menundukan hawa nafsu, kerana ia harus menghadapi pelbagai karakter manusia. Adapun membimbing manusia sama halnya dengan mengajarkan ilmu kepada mereka, dengan segala macam bentuk dan kendalanya.
4. Mendapat pahala dan Membuat orang lain mendapat pahala
Bergaul dengan manusia membuat anda dapat saling mengunjungi, menjenguk orang sakit, mengurus jenazah, memenuhi keperluan, mengundang jamuan makan atau mendatangi undangan. Ini semua tentu tidak syak lagi adalah ladang amal soleh yang memiliki ganjaran yang besar di sisi Allah ‘Azza wa Jalla bagi pelakunya atau orang lain.
5. Tawadu'
Sifat ini tidak akan muncul jika seorang menyendiri. Boleh jadi uzlah dilakukan kerana kesombongan, merasa bersih, dan suci, sedangkan orang lain kotor dan rosak. Itulah yang membuatnya hilang ketawadu’an dan husnuzh zhan dengan manusia.
Terakhir, Imam Asy Syafi’i r.a pernah berkata,“Mengasingkan diri dari manusia boleh mendatangkan permusuhan dan membuka diri kepada manusia boleh mendatangkan keburukan. Tempatkan dirimu di antara mengasingkan dan membuka diri. Sesiapa yang mencari selainnya maka dia tidak tepat, dia hanya mau tahu tentang dirinya sendiri dan dia tidak layak membuat ketetapan untuk orang lain"
Wallahua'alam bissawab
Waastaghfirullah li walakum

Nabi SAW pernah bersabda :
" Rahsiakan pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan" (HR Ahmad)
Meneliti sabda nabi tersebut mengundang berbagai pertanyaan dari banyak pihak. " Kan benda baik, buat apa nak sorok-sorok " , teringat ungkapan tersebut terluah dari mulut sahabat saya ketika kami sedang rancak mendengar berita pertunangan rakan sekelas kami semasa beljar dulu. Namun bagi saya pertunangan bukanlah ikatan yang menghalalkan segala-galanya hatta menghebahkan satu dunia pun masih belum layak ..kerana apa? kerana pertunangan itu ialah satu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan boleh jadi juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.
Bila ditelusuri hakikatnya, Ulama menjelaskan bahawa antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ini dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil.
Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal daripada berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup ....
Subahanallah lagu nasyid In Team - Kasih Kekasih amat sesuai sekali mesejnya untuk memberi peringatan bagi mereka yang sudah berada di alam pertunangan..mahupun yang bakal mengikat tali pertunangan
Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati
Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi
Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia
Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih
Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia
Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan ..
Menyingkap tirai hati Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmatMu Tuhan
Tiap jejak nan bertapak debu kejahilan
Akanku siram dengan
madu keimanan
Kini di akhir Ramadhan sudah..."Bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka ..." ( HR Ibnu Khuzaimah)
Ibarat Samudera, Ramadhan menyimpan sejuta mutiara kemuliaan,
Memendam perbendaharaan segala keagungan dan didalamnya
bersemayam aneka kebesaran
Ramadhan juga ibarat cakerawala curahan kurniaan Ilahi
kerana setiap amalan hamba yang beriman dinilai sebagai ibadah
Kecil yang dilakukan tetapi besar pahalanya disisi Allah
Ringan yang dikerjakan namun berat timbangannya dihadapan Allah
Apatahlagi jika amal yang besar dan berat pasti mampu membawa seorang hamba ke darjat
kemuliaan dan meraih kenikmatan SyurgaNya..
Bulan Ramadhan adalah bulan melakukan ketaatan kepada Allah. Sudahkah kita mentaati Allah SWT secara total?
Syaikh Ibnu Taimiyah dalam kitabnya, As Siyasah asy-Syar'iyah mengatakan kewajipan mengangkat kepala negara(Imam/Khalifah) yang dengan itu manusia dapat mentaati Allah dan Rasul merupakan afdhal al-qurubat(sebaik-baik mendekatkan diri kepada Allah swt)
Salah satu yang dikhuatirkan Rasulullah saw adalah "Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi hasil yang diperolehi hanyalah lapar dan dahaga saja" (HR Ibnu Khuzaimah).
Ini kerana, ketika Khalifah menerapkan syariah Islam segala aspek kehidpan yang merangkumi ibadah mahdah, muamalat, ekonomi dan politik diterapkan mengguna hukum Allah .Maka setiap aspek kehidupan yang kita lakukan merupakan ketaatan kepada Allah swt. Di bulan ini kita bukan saja diperintahkan menahan diri dari makan dan minum malah sepatutnya kita berada di saf yang merindui akan penerapan sistem islam(khiafah) dan bersama-sama kembali memperjuangannya.
Moga di akhir Ramadhan ini kita bukan saja selesa dengan kelonggaran yang diberi ini malah berfikir secara mustanir(cemerlang)bahawa kemenangan yang hakki bukanlah tibanya Syawal semata malah kemenangan yang hakiki itu apabila hukum Allah dimuliakan dimuka bumi ini.Wallahu'alam bishawab.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan
tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas
sekali. Media-media elektronik, media-media cetak serta media-media
massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui
akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-
lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha
menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam
bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya
diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r. a. yang sebahagian darinya adalah
seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah
s. a. w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih
pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama
seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah
Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang
membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-
malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali
tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah
mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada
malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi
Musa A. S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih
sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A. S.
· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat
hambanya seperti Nabi Muhammad S. A. W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-
tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama
tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil,
semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam
kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi,
ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu
(maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan
bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga
ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak
mengetahui akan wujudnya hadis ini.
Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya
didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan
berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan
amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya
tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu
seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s. a. w.
yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita
dahulu.
Rasulullah S. A. W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang
yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat
sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas
namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka.
(Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai
keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan
keatas Nabi S. A. W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya
rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan
Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari
seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S. A.
W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam
Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang
yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka
hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau
dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya
maka dia termasuk dalam ancaman ini.
Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas
Nabi Muhammad S. A. W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis
yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi
dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-
lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-
jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-
ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang
biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat,
kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas
Allah juga.
Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa
nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang
diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin
untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita
sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan
sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama
nabi Muhammad S. A. W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian
darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor
dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia
meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti
meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang
menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih
contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam
ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah
diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan
sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang
bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka
saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak
mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak
mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan
bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang
yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun
siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain
dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang
terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S. A. W. atau orang yang
berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai
atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian
walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi
atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk
menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang
dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat
sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi
Muhammad s. a. w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi
sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai
dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa
hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga
sahaja yang shohih. Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti
institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya
prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis
Rasul yang menjadi pegangan kedua Umat Islam. Kita janganlah mudah
tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah
sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s. a. w.
Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan
harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang
diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-
hadis palsu seperti ini.

Info terbaru ini saya ambil dari harian metro bertarikh 6 Ogos 2008, Pengarah Perancangan Dan Strategi Pisang, Hanafi Abdul Malek,mengatakan bahawa Sufiah telah bersetuju untuk menjalani rawatan komprehensif merangkumi kaunseling dan perubatan Islam selepas Aidilfitri, Oktober ini. Wakil Pisang ini berkata rawatan kauseling dan rawatan berlandaskan hukum agama terhadap Sufiah iaitu dengan menggunakan perubatan ruqyah menggunakan bacaan Al Quran dan doa akan dilakukan supaya wanita berketurunan melayu itu meninggalkan kerjayanya yang mengaibkan itu.
Tambahnnya lagi, " Kalau dulu dia langsung tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapa walaupun melalui e-mel, alhamdulillah dia kini sudah mula menghantar e-mel kepada kami,"
Dalam pertemuan terakhir dengan Sufiah April lalu, wanita itu turut terharu apabila diberitahu masyarakat negara ini sentisa mendoakan kesejahteraan dan mengikuti perkembangannya di London sejak diterima memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.
.::: Ulasan :::.
Melihat apa yang telah berlaku ke atas Sufiah, menjadikan saya benar-benar bersyukur kepada Allah kerana sehingga kini nikmat Iman dan Islam dapat saya pertahankan. Moga Allah tetapkan saya dijalanNya sehingga ke akhir hayat..Biarlah hidup mati saya kerana Islam. Menyingkap permasalahan ini, Sufiah yang tertekan dengan sikap ayahnya yang mengongkong membuatkannya tekad bertindak sedemikian rupa demi membebaskan dirinya . Namun sedarkah kita, selagi bernama manusia dan sebagai hamba Allah kita takkan terlepas daripada ujian dan cobaan. Siapapun kita samada kaya, miskin, tua, muda tidak akan terlepas daripada dugaan Allah swt di muka bumi ini.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut:2-3)
Persetujuan Sufiah untuk menjalani rawatan pemulihan ini merupakan titik tolak baginya untuk berubah bukan sahaja meninggalkan perkerjaan yang terkutuk itu malah bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang muslimah yang taat pada Allah dan Rasulnya. Sufiah perlu sedar dirinya yang telah ternoda itu tidak akan diampunkan oleh Allah sekiranya dia hanya bersetuju menjalani rawatan melainkan dia benar-benar bertaubat dari perbuatannya. Malah tawaran Pisang ini merupakan salah satu ikhtiar untuk dia berubah, belum ada jaminan 100% Sufiah berubah sepenuhnya jika dia sendiri tidak mahu berubah Ini bersesuaian dengan firman Allah
"..Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..."(Surah Ar ra'd : 11)
Penyelesaian
Jika diteliti Sunnah Rasulullah, baginda telah melahirkan para sahabat yang sanggup berkorban harta dan nyawa demi mempertahankan kesucian Islam, malah Islam telah berkembang ke seluruh penjuru dunia. Apa yang dilakukan oleh baginda? tidak lain baginda menyeru kaum Quraish waktu itu supaya berfikir dan merubah pemikiran mereka untuk menerima Islam.Rasulullah tidak membawa sebarang wang, kemewahan, harta benda, senjata, teknologi canggih atau apa-apa alat di dalam seruan baginda supaya masyarakat mundur tadi(Jahiliyyah)menerima Islam. Satu-satunya senjata yang Rasulullah bawa adalah pemikiran. Rasulullah telah 'berperang' dengan golongan mundur ini dengan menggunakan senjata pemikiran di dalam menyeru Kaum Jahiliyyah ini kepada Islam. Ternyata pemikiran Islam yang Rasulullah bawa telah berjaya mengalahkan pemikiran kufur yang ada pada kaum Quraish. Sebahagian mereka telah memeluk Islam dan sebahgaian lain mengingkari, walaupun sebenarnya golongan yang engkar tersebut kalah dalam perang pemikiran dengan Rasulullah. Kesombongan mereka telah menghalang mereka dari tunduk kepada Rasulullah.
Proses berfikir ini dikenali sebagai Qiyadah Fikriyah(Kepimpinan Berfikir). Mereka diajak berfikir apa yanga ada sebelum hidup(Pencipta),kehidupan(dunia) dan selepas hidup(akhirat) dan kaitan ketiganya.Apabila kefahaman ketiga perkara ini telah menyusup ke dalam diri setiap muslim akan lahirlah akidah islamiyah . ketika itu Akidah Islamiyah akan menjadi Al Qaidah Fikriyah(landasan Berfikir)dan bertindak baginya. Segala perbuatannya di dunia akan terikat dengan hukum syarak. Maka lahirlah Al Fikrul Mustanir, pemikiran yang cemerlang yang sentiasa mencampurkan Allah dalam membuat keputusan.
Wallahu'lam.

Puisi kiriman seorang Akhwat yang tidak mahu disebut namanya.
Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad
Bilakah kan datang seorang peminang menghampiriku mengajak tuk berjihad
Kelak ku akan pergi mendampinginya di bumi Jihad
Aku telah bersiap sedia dengan semua syarat yang diajukannya
Cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah
Aku rela berkelana mengembara dengannya lindungi Dienullah
Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah
Tak mungkin ku pilih dirimu jika dunia lebih kau damba
Terlupa kampung halaman, sanak saudara bahkan harta yang terpendam
Hidup terasing asalkan di akhirat bahagia
Bila aku setuju dan kaupun tidak meragukanku
Bulat tekadku untuk menemanimu
Aku Wanita mujahidah pilihan
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad
Bilakah kan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh ketawadhu`an
Kelak bersamanya kuharungi bahtera lautan jihad
Andai tak siap bisa kau pilih
Agar kelak batin, jiwa dan ragamu tak terusik
Terbebani dengan segala kemanjaanku, kegundahanku,
kegelisahanku terlebih keluh kesahku
Sebab meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu
Dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu
Tak mungkin aku memilihmu
Bila yang fana lebih kau cinta
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota
lazatnya makanan dan lajunya makar durjana
Meniti jalan panjang di medan jihad
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah serta debu yang beterbangan
Keringat luka dan kesyahidan pun terulang
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu
Teguhkan azamku untuk lupakan dirimu
Aku wanita dari bumi Jihad
Dengan sekeranjang semangat berangkat ke padang jihad
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan
Tepiskan semua mimpi yang tak bererti
Adakah yang siap mendamaikan hati?
Kerana tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri
Tanpa peneguh langkah kaki dan pendamping perjuangan
Yang melepaskanku dengan sepotong doa
Meraih syahid adalah tujuan utama
Robbi.. Terdengar panggilanMu untuk meniti jalan redha-Mu
Ku harapkan pertolongan dari Mu... Menemani perjalanan ini
12 makanan yang digalakkan untuk pengantin dan hikmahnya dalam Islam...
Rasulullah pernah berkata..kepada menantunya Saidina Ali r.a
"Wahai Ali, apabila pegantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka suruh tanggalkan kasutnya ketika dia duduk dan membasuh kedua-dua kakinya. maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikan ALLAH mengeluarkan 70 jenis kefakiran dari rumah kamu..
dan ALLAH menurunkn 70 rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga keberkatan itu meratai penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila,sawan, dan sopak selama mana dia berada di dalam rumah tersebut.
Laranglah pengantin itu dari makan & minum
4 jenis makanan ini..
Susu, Cuka, Ketumbar, epal masam
Saidina Ali r.a bertanya..Kenapa..?
Baginda menjawab..
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk dengan ini sebab dari 4 perkara (makanan) ini..untuk menghalang dari dapat anak..Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan tidak dapat anak"
Saidina Ali bertanya lagi..
Kenapa cuka dilarang ?( semasa haid dan seminggu pertama perkahwinan)
Baginda menjawab:
"Apabila minum cuka semasa haid.. sesungguhnya haidnya itu tidak bersih selama-lamanya"
Berikut 12 makanan yang digalakkan..
1. Roti
2. Jintan Manis
3. Asparagus
4. Pisang
5. Barli
6. Selasih
7. Mentega
8. Lobak Merah
9. Biji Hitam ( Habba Al Sauda )
10. Ayam
11. Tamar (Kurma)
12. Terung
1. Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
2. Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
3. Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
4. Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
5. Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
6. Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
7. Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
8. Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
9. Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
10. Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
11. Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini
Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Sumber : Majalah NUR – Dis 2005

Nasihat Untuk Kaum Wanita..
1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.
2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.
4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.
5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.
10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.
13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)
14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda
15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif ..
Wallahu'alam..
Sumber : www.raudhah.com/Laman Hal Ehwal Wanita
...::: Ulasan ::...
Sebagai panduan ...ni semua akibat 'terlalu'
Oleh Dr. M. Anjad Khan
Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan. Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan. Banyak daripada bahan-bahan tersebutdituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141.
Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudianmenanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA. Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada.
Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negaratersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut ?
Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan. Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.
Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk kenegara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport. Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat diEropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian( orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).
Negera-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya. Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebuta dalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam. Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya.
Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat dibanyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan &ubat-ubatan lainnya.Semenjak produk – produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang(spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.
Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika berjumpa kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaklah dihindari kerana produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandungi lemak babi.
E141, E153, E210, E213,
E214, E216, E234, E252,
E270, E280, E325, E326,
E327, E334, E335, E336,
E337, E422, E430, E431,
E432, E433, E434, E435,
E436, E440, E470, E471,
E472, E473, E474, E475,
E476, E477, E478, E481,
E482, E483, E491, E492,
E493, E494, E495, E542,
E570, E572, E631, E635, E904.
Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepadasaudara kita.
M. Anjad Khan
Medical Research Institute United States
..::: Ulasan :::..
Hati-hatilah sahabat semua..sebagai langkah berjaga-jaga kita daripada perkara yang syubhah apatah lagi haram. Tambahan di atas terkadang kita tidak menyedari bahawa produk yang berlogo halal rupa rupanya sijil pengesahan HALAL telah tamat tempoh .
Jadi sebagai ikhtiar kita dan keperihatinan kita untuk
menyemak status Halal sila sms HALAL dan kod bar produk tersebut dan hantar ke 32728
makanan dan minuman salah satu faktor yang mempengaruhi akhlak dan jiwa seseorang. Baik makannya maka baiklah yang lain.
Muslims can now get confirmation on the halal status of a product easily and promptly through the short messaging service of the Islamic Development Department of Malaysia (Jakim).
"They only need to type the word "halal" and enter the product’s bar code and send it to 32728.
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu
salam Berserta Fatihah,
Selawat dan doa Sebagai memenuhi
tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali
takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat
sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang
tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan
sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika
beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin
dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna
di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu
sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak
menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru,
sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang
terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air
yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai
erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak
bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar
bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta,
Takhta dan putera Isteri,
kad kredit dan kereta Kondominium,
saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.
SAHABATKU TELAH BERUBAH
Tajuk di atas tentu buat orang tertanya-tanya …Sekali lihat maknanya seakan sahabat saya telah berubah ke arah kebaikan . Namun, jangan silap bukan itu yang hendak saya kongsikan saat ini..
Apa yang hendak saya kongsikan tentang satu keadaan yang sudah tidak asing lagi berlaku dikalangan kita. Berubah to Baik , mungkin satu pernyataan yang tindakannya bersifat dinamik . Dari buruk kepada baik, istilah yang sinonim untuk kita kaitkan di sini adalah “ Hijrah” . Namun ada juga individu telah bertindak untuk Berubah to Baik to ?..
Yup..inilah persoalan yang akan saya kongsikan di sini..
Dalam 2 minggu lepas saya telah ditakdirkan untuk bertemu dengan seorang senior saya semasa belajar dulu. Dalam suasana yang tidak dijangka itu, saya telah berdepan dengan satu kejutan. Dia yang saya kenal adalah seorang berperwatakan muslimah dan berpendirian tegas dalam agamanya satu masa dulu telah berubah kepada seorang perempuan biasa . Tudung labuh dan stokin yang pernah dipertahankan dulu sudah tidak melengkapi tubuhnya saat itu.
Bukan itu saja, saya juga sudah berjumpa dengan ramai teman-teman yang tidak istiqomah dalam perubahan mereka. Niat untuk berubah atau menjadi seorang muslim dan muslimah sejati berhenti di tengah jalan. Semangat yang satu masa dulu berkobar-kobar untuk berjuang di jalan Allah hancur berkecai dek serangan ombak yang mengganas.
Syakhsiyyah Islamiyah (Peribadi Islam)
Menyingkap permasalahan ini, pada asasnya Syakhsiyyah islamiyah (keperibadian islam) seseorang muslim dibina oleh dua iaitu aqliyah ( pola fikir) dan nafsiyah ( pola sikap) . Seseorang itu tidak akan dikatakan berkeperibadian islam (syakhsiyyah islamiyah) jika aqliyahnya(pola fikir) saja mencerminkan aqliyah islamiyah tetapi nafsiyahnya(pola sikap) tidak mengikut ketetapan syara’. Di sini dapat kita perhatikan ramai orang tahu menutup aurat itu wajib, memakai tudung itu wajib tetapi masih juga tidak berbuat. Ini kerana mereka hanya mempunyai kefahaman (aqliyah) tetapi nafsiyahnya atau sikapnya tidak terdorong untuk melakukan.
Begitu juga jika dia mempunyai nafsiyah islamiyah, sementara aqliyahnya tidak islamiyah. Contohnya, dia memakai tudung , jadi nafsiyahnya(pola sikap) mendorong untuk memakai tudung. Tetapi masih memakai pakaian yang ketat lagi sendat, di sini dapat dilihat aqliyahnya(pola fikir) tidak mengatakan bahawa menutup aurat meliputi kesemuanya kecuali muka dan tapak tangan, dan tudung yang dipakai hendaklah menutup dada dan pakaiannya yang dipakai tidak boleh mengikut susuk badan. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa seseorang belum dikatakan berkeperibadian islam jika aqliyah (pola fikir)atau nafsiyahnya(pola sikap) tidak islamiyah.
Pengertian Aqliyah (Pola Fikir) Dan Nafsiyah(Pola sikap)
Aqliyah (Pola fikir) merupakan cara yang digunakan untuk memikirkan sesuatu sehingga dapat membezakan halal dan haram . Ketika seseorang itu menjadikan aqidah islam sebagai Qiyadah Fikriyah(landasan berfikir) maka jelas aqliyahnya (pola fikir) adalah aqliyah islamiyah.
Sedangkan nafsiyah(pola sikap) adalah cara yang digunakan untuk memenuhi tuntutan gharizah(naluri) dan hajat al-adhawiyah (keperluan jasmani). Jika naluri dan keperluan jasmani dipenuhi berdasarkan akidah islam maka nafsiyahnya adalah nafsiyah islamiyah.
Penyelesaian
Realiti saat ini Islam sudah asing dari kehidupan umat islam. Bagi mereka yang ingin berubah dari jahiliyah kepada darul islam, pengukuhan aqliyah(pola fikir) dan nafsiyah(pola sikap) mestilah benar-benar mantap, Islam memerintahkan memperbanyakan penguasaan tsqafah Islamiyah untuk mengembangkan aqliyah sehingga mampu menilai yang haq dan batil, halal dan haram.justeru menjadikan aqidah Islamiyah sebagai dasar berfikir dan bertindak . Bagi mengukuhkan nafsiyah Islam memerintahkan untuk melakukan amal-amal perbuatan yang wajib, mandub (sunah) serta amal-amal perbuatan yang disukai Allah, men¬inggalkan sebanyak mungkin perbuatan-perbuatan yang haram, makruh, atau syubhat, untuk memperkuat nafsiyah tersebut sehingga memiliki kemampuan untuk menepis segala perkara yang berlawanan dengan Islam. Kita juga mestilah bergabung dan bergaul dengan orang –orang yang soleh dan beriman yang dapat mengingatkan kita. “ Kambing yang terlepas lebih mudah diterkam serigala”.Semua ini adalah untuk menjadikan Syaksiyyah benar-benar islami dan bertahan . 
SAHABATKU TELAH BERUBAH..
About Me
- ~ Nur Syurga ~
- Ya Allah ..Hamba Musafir di bumiMu..Terkadang kenyang dek nafsu yang menggila namun kusyukuri nikmatMu yang menjagaku sehinggaku betah dengan ujianMu..tetapkanku dijalanMu agarku tak pernah jemu dan sentiasa mengharap RedhaMu..
DEMI MASA !
TINGGALKAN PESANAN ANDA
KOLEKSI NUR SYURGA
ARCHIEVE
LAMAN SAHABAT
KOMEN ANDA
HIBURAN MENDIDIK JIWA
DUNIA BARU ISLAM - THE ZIKR
MASIH BASAH..KENANGAN INDAH
ZAMAN CEMERLANG..ERA GEMILANG..
KETIKA RASUL..ADA DISISI
PARA SAHABAT MENTADBIR BUMI
ZAMAN NUBUWWAH..ERA KHULAFA'ISLAM LAKSANA..API YANG MENYALA
MENERANGI TEMAN DAN JUGA SAHABAT
BAHANG PANAS YANG MEMBAKAR LAWAN
DICELAH ITULAH... KAMI MENGATUR LANGKAH MEMBINA..SEBUAH TOIFAH..
DISINI BARA...TAK PERNAH PADAMDI
GENGGAM KUKUH...SEBUAH AZAM..
AYUHLAH..
PARA MUJAHID..AYUHLAH PARA MUJAHIDAH
KITA TINGGALKAN..ZAMAN FITNAH..
AGAR TERTEGAK KALIMAH ALLAH
AGAR TERBANGUN...DUNIA BARU ISLAM...
