CARA MENTENTERAMKAN JIWA


Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat , Abdullah bin Mas’ud r.a dan berkata : “Wahai Ibn Mas’ud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram , fikiranku kusut musut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.” Abdullah bin Mas’ud r.a telah menjawab : “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat..Pertama , ke tempat orang sedang membaca Al Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepadaNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini, jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah dengan Allah agar digantikan hatimu dengan yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya milikmu.”

Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al Quran dengan penuh Khusyuk. Selesai membaca Al Quran, didapati jiwanya telah berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang dialami selama ini terus hilang .





(Al Quran dan terjemahannya, Mujammak Al Malik Fahd, Madinah)

Rujukan : ( Surah Al-Fajr(89) : 27-29) Dan (Surah Ar- Ra’d(13) : 28)

2 comments:

azlanlin said...

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa, jiwa runsing kerana "ada sesuatu perkara belum selesai" yang mengganggu ketenangan. Selagi tidak selesai, selagi itulah jiwa kacau melanda...lagi ditangguh, lagi laaaa kacaunya... ye ke cikgu?

>>Cengkadak.

~ Nur Syurga ~ said...

salam.. erm apa perkara yang belum selesai tu? kita check semula apakah ada kaitan dengan hubungan kita dengan Allah? atau ada kaitan dengan hubungan kita dengan manusia? atau dengan makhluk lain? Jadi tidak hairanlah kalau ditangguh lagi jiwa kacau..ye dak?
sebab amanah kita belum selesai dan sebagai manusia kita akan rasa resah gelisah.